31 July 2017

Drought

Dia ni.. Hati dia.. macam kain lap cap Master synthetic cloth. Daya serap air memang tip top. Terutama bila keadaan kain tu kering. Daya kerja bagus, cepat dan tuntas. Dia akan serap betul-betul sampai tak ada titik basah sekali pun. Kering!

Tapi... bila tiba masa untuk mengeluarkan air dari kain tu, kau kena perah betul-betul, pulas dan belum tentu kau berjaya mengeluarkan air yang diserap tadi. Belum tentu tujuh puluh persen.

Bagi dia. Salah satu cara untuk mengeluarkan lebihan air itu tadi adalah untuk biarkan kain tu tersadai. Tak usah disentuh, tak usah diusik. Jika kau biarkan kain itu tepat dibawah panas sinaran mentari, itu bunuh diri. Kain itu akan mulai merekah, struktur nya tidak akan sama lagi. Malah mungkin pecah dan hancur. Jadi kain itu, kalau kau sayang, kau lipatlah semula. Setelah kau yakin kain tu dah tak boleh diperah lagi airnya, tak guna kau merayu dan terus perah. Nanti koyak. Dan tangan kau sakit. Usaha kau tu sia-sia dan tidak dihargai oleh sesiapa terutamanya kain itu tadi.

Jadi kau lipatlah semula kain itu. Walau kau sayang, ini lah yang dia minta jadi kau tunaikanlah. Lipat elok-elok dan masukkan ke dalam kotak simpanannya. Letakkan di tempat yang tidak ada cahaya matahari secara langsung. Suhu ruangan. Dan molekul air yang terperangkap dalam kain sintetik tadi akan terkondensasi secara alami. Berapa lama itu, seperti kata dia, serahkan pada masa. Duduk lah kain itu terlipat sepi, di pojok mana-mana yang kau letakkan.

Sampai waktunya kain tu dah tak mau tuan yang sama. Pandai kotak simpanan kain tu menghilang, atau sedap sahaja diculik orang. Jika inilah yang kain sintetik itu minta, kau (aku) harus redha.

Sekiranya kain sintetik cap Master itu hilang dan tidak mahu ditemui.. Ketahuilah sayang..ada lebih baik buat dirimu. Beralih kepada sponge. SpongeBob di channel Nickelodeon.