04 April 2017

Hajat saya

Aku berhajat sangat dapat menunaikan ibadah umrah bersama mak, babah sekeluarga dan suami suatu hari nanti. Sebagai lambang ketaatan, ketaqwaan dan kesungguhan kami. Kalau boleh secepat mungkin setelah aku mendirikan rumah tangga. Walaupun sekarang tak nampak bayang suami, 😂, but this is my dream that i wish to come true. Insha Allah. Semoga jadi kenyataan. Amin amin.

Kalau aku ada semua ni di samping aku saat ziarah tanah haram dan melawat maqam nabi, alangkah bertuahnya hidup, berkahnya semua. Allahuakbar.

Sewaktu ke umrah kelmarin, aku rasa sembunyi-sembunyi. Aku nak orang-orang yang tersayang turut serta. Jadi tak perlu rasa takut dan sembunyi-sembunyi lagi. Aku mahu ketenangan tu kembali. Aku mahu buat sungguh-sungguh tanpa meminta-minta dunia kepadaNya lagi, kerana pasti, jika dapat kembali dengan orang-orang ini, doaku yang kelmarin didengari Tuhan. Sayangnya Dia pada hambaNya.

Aku mahu kembali ke tanah suci dengan rasa penuh dan bersedia.