16 April 2017

Disampahkan

Hari ini berdendang lagi Cinta Disampahkan setelah sekian tahun tidak mendengar. Kerna rasa palat dalam jiwa sekarang rasa mentahnya sama seperti rasa yang aku rasa dengan lagu puisi itu. Fynn Jamal sebenarnya tidaklah seteruk yang orang gembar-gemburkan sekarang. kan tiap orang itu ada terang gelapnya. ada baik buruknya. waktu-waktu fynn menulis puisi, dia taruhkan jiwa didepan pendengar. aku resap dan dapat apa yang dia cuba sampaikan dulu. dan sekarang mungkin dendangan fynn dah berbeza tapi tetap, jiwa yang sama yang menyampaikannya.

aku gadis yang disampah-sampahkan 
aku gadis yang dihilangkan
 aku pecinta yang ingin disayang 
aku ini bukan milik orang  

mencari diri di dalam kamu 
mencari maruah diri di dalam cinta kamu 
mencari nafas yang telah di matikan 
mencari langit yang telah pernah engkau kuningkan

"Kebahagiaan tidak terletak pada tangan orang lain, tetapi tangan kamu sendiri."

You are responsible for your own happiness. Memang betul pun. Tiap kali datang rasa pahit kecewa, aku akan cari jalan keluar. Neutralkan balik rasa tu. Aku tak nak berada dalam situasi yang boleh memakan diri aku sendiri. BROKEN? TAK BOLEH MOVE ON? Itu bukan lagi aku.

Aku bukan lagi gadis yang cintanya disampahkan. aku gadis yang cintanya dihargai dan dimengertikan. yang cintanya bukan berhenti setakat bait lirik dan indah susunan lagu. sudah-sudahlah. Namun, aku masih bukan milik orang...

Seperti manusia biasa, aku mengejar rasa togetherness, rasa that hey i'm belong here, with you. Apa lagi jika perasaan tu dapat dikongsi dengan orang yang paling dekat dengan jiwa. Tapi.. Apa boleh buat jika dia merasakan aku ini tiada kepentingan lagi? Apa boleh buat jika rasa itu mungkin tidak lagi sama, tidak lagi dikongsi apatah lagi disebut-sebut.

segala diam 
dunia memejam memandang aku:  

"dia bukan milikmu lagi 
cinta kamu dimamah api”