22.7.16

The meaning of life

Aku meniti jalan-jalan kehidupan yang tidak tersangkakan. Aku tidak pernah membayangkan pada dalam masa ini, umur segini aku sudah dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Tanpa kepayahan. Hanya perlukan kudrat dan kesanggupan aku. Rezeki yang datang melalui kedua ibubapa ku. 

Seumur hidup ini aku telah menjejakkan kaki ke beberapa tempat orang. Bermundar-mandir. Musafir. Melihat, merasakan sekilas kehidupan umat. Bibir hanya mampu mengucap kesyukuran atas kenikmatan. Tapi hati aku... Ikhlas kah dia menerima teguran Tuhan? Ikhlas kah dia berhijrah? Ikhlas kah dia mengubah diri menjadi baru?

Tiada selindung aku dengan Penciptaku. Dan aku tak mahu lagi sombong denganNya. Aku percaya Dia bawa aku ke tempat-tempat orang, berbekal beribu macam pengalaman adalah bertujuan - ada misi yang tersirat. 

Siapa aku dan diriku di dunia..
Siapa aku dan apa kan ku bawa ke alam baqa..