11.1.16

Mak.

I'm Kami berdua banyak bergaduh mulut. Ada saja perkara yang dia cakap, dia balas aku akan jadi panas hati dan ada saja komen aku yang akan buat dia berkecil hati. Aku selalu (cuba) bertegas dengan dia tetapi sering juga aku akhirnya memenuhi permintaan-permintaan dia. 

Tapi antara kami, dia tahu aku tidak boleh hidup tanpa dia dan aku tahu yang dia masih memerlukan aku. Akhir pertengkaran, dia akan cuba memujuk, mencuri perhatian. Aku akan berkeras hati dan tidak sedikit pun termakan pujukan. Tapi tak lama. 

Sebab.. Sekeras-keras kami mempertahankan prinsip masing-masing, dia akan beralah. Dia lah akan memujuk. Dan tak pernah sekali-kali berdiam diri dan biarkan aku rasa bersalah terus-terusan. Suara dia lembut memujuk, tak pernah kurang beri perhatian. Bila dia rasa bersalah dia minta maaf. Dia rendahkan egonya & menjernihkan keadaan. Dan aku pun berlapang dada memaafkan.

Kalau lah dalam tempoh hidup yang sementara ini aku derhaka & membelakangi dia, terhina lah aku. Belum ada manusia lain yang sesabar ini dengan aku. 

Selitkan dalam doa, moga tuhan hadirkan insan-insan yang berjiwa besar dan tak jemu mendidik kita sepenuh kasih sayang seperti ibu-ibu kita. Bertuahlah hidup dunia akhirat.

Atau lebih baik lagi, do yourself a favor..be nurturing like her!