22 October 2015

Is that it?

Itu sahaja kah kita ini? 
Berkembang keluarga, kelangsungan generasi bergantung pada tempat kita mencari rezeki?
Itu sahaja kah kita ini?
Hidup tertumpu pusat, bukan menyebar ke pelusok negeri?
Itu sahaja kah kita ini?
Percayakan kata orang melebihi darah daging sendiri, pantas menghakimi?
Itu sahaja kah kita ini?
Hidup konon pakai akal, pakai hati tapi jiwa sikit langsung tak berseni.
Itu sahaja kah kita ini?
Hanya mengangguk berkata "Ya" 
tapi tak mahu lukis takdir sendiri.