28.1.15

Rekap

First impression tu penting. Begitu juga dengan peluang kedua.

Fiq. Apa apa pun kau lebih kenal dengan diri kau, journey yang dah kau lalui. Kau lebih faham dan kau lebih teliti. Makanya hati yang menua semakin tahu belas memaafkan diri dan orang lain.

Kuota.
Arif. Cukup arif. Semuanya ada tempoh kuota. Dalam konteks ini, ada kuota peluang, tahap toleransi, manusiawi. Aku tahu menggunakan kuota tersebut sebaik mungkin. Tugas kau kau, jadilah pemerhati yang tak zalim dengan kata-kata tidak membunuh rasa. Terimakasih.

Kata.
Kata biarlah yang membina. Bilah pedang lawannya pedang. Air elemen terbaik bagi merawat luka. Air jugalah yang menggerakkan sesebuah kehidupan. Begitu juga dengan kata-kata yang mujarab buat penyejuk hati-hati yang lelah.

Hati.
Bercantum dan kemudian patah, itulah saja kerjanya. Literally, sel organ hati mampu bercambah dan membentuk lagi - serba cantik dan baru - makanya, tata lah hati dengan input yang baik dan berhemah.

Aku.
Yang kau lihat sedang mengalami proses penyesuaian emosi. Dan aku sentiasa begitu. Meringkuk, gelak, parah malah meledak. Sesungguhnya aku gemar menjadi aku. Yang tak usah berpura-pura menyembunyikan sesuatu, yang berekpresi dalam jalur sendiri.

Masa.
- Bagi aku masa. Menimbang dan meneka. Burung pheonix pun sakit, nazak lalu mati tapi kemudian dia bangkit, dari abu dia sendiri. Hah. Kau tak kenal kah aku? -- Bidadari Besi.
- Timing is suck. Previous baggage is suck. Tapi aku percaya dengan peluang kedua. Lihatlah sekeliling, bukankah semuanya hidup dengan peluang kedua? :)

Kubu.
Kubu terakhir aku adalah kamu. Makanya tetaplah bertahan & mempertahankan aku.

Tindakan sesetengah orang yang mengecil-remehkan effort soal hati & perasaan ini, aku rasa cukup pedih. Aku tak lagi mahu bersikap angkuh dalam memahami bab ini. Sebab aku pun manusia. Dua kali lima kamu.