19 December 2014

Dua

Alhamdulillah. Bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah swt berikan.

Sejak umur 16 tahun aku ada dua tempat semacam rumah. Masa zaman sekolah menengah aku ada rumah sebagai, ya, rumah dan asrama sebagai rumah kedua. Tapi rumah tu lebih kepada sebuah escapism. Tempat melepaskan lelah belajar, sebuah persinggahan. Mentaliti aku sewaktu remaja memang pelik-pelik.

Habis sekolah, mula foundation pun begitu juga. Kulim-Gombak. Tapi memandangkan kali ni aku cuma dapat balik ke rumah empat kali setahun, rumah tu jadi sorga. Sorga sangat-sangat.

Mesir. Tahun pertama aku rasa Mesir tu hell. Masuk tahun kedua dan ketiga, aku dah mula sayang dengan rumah sewa di Mesir. Sehingga aku anggap Zagazig tu rumah kedua. Bukan lagi hell, tapi satu bentuk komitmen. Tanggungjawab aku bersama roommate tersayang, Nash Amira & Aisyah Nabilah. Aisyah kini bekerja di ibukota dan Nash masih lagi setia menjadi penduduk Mesir. I miss u guys so much.

Kembali ke Kolumpo, aku berseronok ulang alik antara rumah dan rumah kebun di Sungai Buaya. Ini escapism hijau aku. Tak betah berlama-lama dalam sesak semak subbandar. Sri Gombak semakin menggila. Apa yang aku boleh kata.. Sayang babah!

Kini aku berada di Bogor. Menyewa per tahun bilik persegi lengkap dengan kamar kecil di dalam. Tidak mewah tapi memadai. Aku memang tidak dibesarkan dalam segala bentuk kemewahan. Mewah kasih sayang, ya mungkin. Makanan, definitely. Ulang alik Jakarta-Klia lebih kurang empat kali setahun membuatkan rumah di Sri Gombak seolah sebuah istana dan aku telah dinaikkan taraf dari Cinderella kepada house manager kepada chef executive, pekebun orkid berjaya dan misi terlatih. Dan Bogor.. masuk penggal ketiga di sini, aku ada sebab untuk merindui tempat ini. Semoga ya rabb izinkan aku untuk menghabiskan waktu yang sewajarnya di sini. Lunaskan tanggungjawab yang sedia tergalas.

Sentiasa ada dua buah tempat. Dua buah keluarga. Segala bentuk jenis pengalaman.

Jadi, dimana aku seterusnya?

:)