02 December 2014

Bermula dengan Bismillah..

Aku ada member dan kami baru mula acknowledge kewujudan masing-masing bulan sembilan yang lalu. Sebagai mahasiswa, kami berkawan dan bersaing secara sihat. Makan semeja, sembang dan bincang hal-hal pelajaran.

Tapi.. semalam dia buat tahi dengan aku. Dan dia tahu aku cukup marah dengan perlakuan dia.Thing is, aku dah anggap dia macam abang-abang lah pasal dia ni kadang berguna, kadang tidak tapi apa-apa pun dia saja brader senegara yang aku ada. Ha gitu.

Tapi..

Siang tadi dalam kelam kelibut students lain perhati slide preparat neuron di mikroskop, dia mampir.

"Ko tau ka dalam ujian pendidikan agama Islam dulu ada soalan tulis Basmallah dan alhamdulillah dalam tulisan jawi? Aku kaget ko tau. Aku nyontek orang sebelah ha suruh dia tulis besar-besar tau." Eh tetiba dia ni.

"Aku nampak ada tulisan jawi di buku ko jadi aku ceritalah. Teringat." Sambung dia lagi. Aku pun selak buku penuntun praktikum halaman paling depan. Ada nama aku yang aku tulis dalam tulisan jawi. Habit yang susah dibuang.

Aku tanya dia, macam mana dia mengaji, solat? Katanya dia mulai mengaji dua tahun lepas itu pun basic. Ada teman dari Aceh yang sering mengajak dia solat jemaah dan mengaji tetapi malangnya teman itu dah balik kampung. Dan dia tinggal seorang lah, struggle. Sambil dia cerita tu aku tengok riak muka dia. Ada segan tapi ada rasa nak curhat tanpa dipaksa-paksa. Aku tanya dia, bukankah waktu spm dulu ada ujian pafa dan segala macam, yang harus hafal petikan luqman.. dia senyap. Telan air liur pun tidak.

Aduh.

"Tak apa lah. Bagus juga kau kenal huruf. Ada manusia yg tidak, ada yg sengaja tidak mahu. Pelan-pelan lah."

"Pelan-pelan.. Kalau aku ditabrak lori gi mana?" Dia tanya. Nauzubillah.

"Jangan lah doa macam tu. Slow-slow lah belajar. Di surau depan rumah aku ada makcik yang empat puluhan baru belajar mengaji. Take your time and learn lah." dan aku beri dia beberapa cadangan supaya dia boleh kuasai bahasa Quran dengan lebih baik.

Klise kalau aku kata aku bukan ustazah. Tapi aku sudah belajar dan aku ada pengetahuan tu dan wajar kita kongsi. Tak kira siapa kita, dosa pahala kita.

Member.. dia buat tahi macam mana pun, maafkan je lah selagi mampu.
Member.. aku appreciate kau kongsi "kegusaran" hati kau. Thank you.