15 December 2014

A farewell

Hari ini Afiqah mengucapkan selamat jalan kepada seorang teman. Dia mendoakan agar  perjalanan temannya itu selamat sampai di Malaysia dan selamat juga dikebumikan.

Tiada senyuman, wajahnya kelihatan sugul. Sesekali membalas senyuman rakan-rakan yang ikut memberikan hormat terakhir pada temannya itu di bandara. Mata bundar sering basah dan memerah. Hidung bulatnya berair dan sering diseka tisu. Temannya itu teman yang sering dia sebut-sebut. Teman yang sering dia rindu-rindu. Kerana kasih seorang sahabat itu tinggi nilainya di perantauan.

Tuhan lebih sayangkan dia.

Muhd Shafiq bin Muhammad. 21 tahun. Aku tetap akan kenang kau dalam kenangan yang sempat kita buat bersama, bual bicara, gelak tawa, usik mengusik, pesanan ringkas dan sebagainya. Kau tetap dalam hati aku, hati kami. Selamanya.