12 November 2014

Semangkuk cereal dengan susu sejuk kurang manis boleh buat perut kenyang, hati senang. susu pemangkin utama rembesan serotonin. tak adalah utama, tetapi antara penyumbang. dan serotonin buat kau rasa puas dan happy.

kau tahu apa lagi yang menyenangkan? semangkuk cereal dan susu di rooftop. dengan matahari redup jam tujuh pagi waktu jakarta barat pada jam tiga petang di sini. di rooftop itu selain bangunan tempat tinggal di sekeliling, kau juga dapat lihat hijau warna bukit di hujung sana. ada awan kapas dan langit biru atas kepala. angin semilir malu-malu datang menyapa. menyela setiap anak rambut dan ada senyuman yang mekar di wajah berkedut.

Lebih senang jika aku berpakaian simple. mungkin seluar pijama oversized dengan t putih atau singlet. apa sahaja sekadar menutup apa yang perlu dan punya aliran pengudaraan yang baik.

**
mungkin jam tujuh petang belum malam..mungkin matahari tenggelam jam sembilan malam. mungkin sinar matahari mulai memancar jam delapan pagi. mungkin trafik tidak selalu sesak dan bisa ke mana dengan menggeteh basikal. mungkin tak semuanya perlukan masa dan wang, O kerana masa dan wang lah yang aku kekurangan sekarang. bagi membobok nafsu yang semakin 'dewasa'. mula pandai meminta-minta.

**
Dia suka desir udara yang sejuk menyapa wajahnya pada jam tujuh pagi. gas oksigen yang dikeluarkan sekitar danau dekat universitinya sangat menyegarkan. Refreshing sebelum harinya bergelumang dengan karenah manusia, bangkai berendam formaline dan hati-hati yang dingin tak dapat disentuh. Namun dia akur dan cepat-cepat bersyukur dengan jalan yang telah dia pilih, sebelum fikirannya diasak dengan kenangan lalu.