07 November 2014

Dampaknya...

Jam 1.10 pagi di sini.

Dunia makin maju. Gajet peranti tangan semakin berteknologi tinggi. Dengan segala pakej internet, apps, jaringan media sosial dan permainan interaktif. Kalau tak disebabkan telefon genggam aku ni berkapasiti rendah storage nya, dah lama aku join juga game-game yang ada.

Namun aku masih lagi rasional pada tahapan tertentu dan tak terlalu minat main game ni semua. Twitter lah yang paling jago pon. Itu pun syok sendiri. Tak lebih, tak kurang. Boleh kata aku konservatif juga lah. Evernote ada untuk mudahkan buat nota di slide..tapi aku pilih nota bertulis tangan. Entah bodoh teknologi kah, minat kertas kah aku tak tahu. Gajet ada, pandai gunanya tidak. Tapi aku bukan anti. Aku pengguna yang semi-semi sahaja.

Cuma... aku cerita & kritik benda yang aku nampak.

Rumahtangga yang tak ceria kerana waktu senggang dihabiskan dengan masing-masing pasangan 'membelai' gajet di tangan lebih daripada membelai pasangan. Anak tak payah cerita. Bagi ja tab,ipad terus terdiam. Dan bila anak mula buat perangai - dimarahi, ditangan-tangankan. Apa ni?

Aku tahu zaman dah berubah. Tetapi bukan semua benda yang berlaku pada generasi terdahulu sudah tidak konvensional, tidak rasional lagi untuk diaplikasikan pada generasi kini. Misalnya, bab pengurusan anak - waktu lapang di bawa ke taman permainan. Biar mereka membuas. Banyakkan interaksi, komunikasi dua hala dengan anak. Lihat depa membesar dengan jayanya depan mata, bukan dalam instagram atau facebook. Dan waktu perjalanan pulang ke kampung itu lihat pandangan luar kereta..bukan leher bengkok ke bawah, mata mencerun melihat skrin gajet di tangan. Tepuk dodoi anak dengan cerita verbal, bukan tontonan video  kartun setiap malam di katil dini mereka. Beda kan?

Aku dibesarkan di bandar atau boleh dikatakan sub bandar. Generasi ibubapa aku adalah generasi yang fokus nya pada membina kerjaya dan sangat setia pada employer. Aku pernah rasa hidup bilamana mereka pergi kerja waktu mata aku masih katup dan balik kerja waktu mata aku dah nak katup tidur. Aku dah rasa kerugian tu dan aku harap aku boleh tebus nanti. But atleast my parents worked hard to bring back money. By playing games and spending most of your free times on social networks, what do you and your family's gaining?? Aku perhati ibubapa sekarang yg umur rata-rata awal tiga puluhan ni lain macem sikit. Impak teknologi maju ni mematahkan motivasi mereka untuk lebih bermanja dengan anak, keluarga. Malah terkadang fb dan insta sekadar alat tatap muka. Entah lah telahan aku ini.

Aku tak kisah kalau pasangan hidup atau generasi aku nanti gamer ke suka twitter,fb ke. Cuma berpada dalam "enjoying oneself", "me time". Tapi tak syok lah kalau masa berkualiti dihabiskan dengan urusan dengan peranti masing-masing. Dah lah 12 jam sehari dihabiskan dengan kerja, mengadap trafik. Hidup dengan handphone ka hidup dengan oghang?

Aku tahu, "Kau tak kahwin lagi kau tak tahu." Tapi aku boleh pasang impian dan harapkan yang terbaik untuk kehidupan masa depan, kan? Lagi best kalau pasangan masing-masing initiate untuk lakukan aktiviti di luar maupun dalam rumah. Asal rasa dan nampak kebersamaan tu. Bukankah melihat, menyentuh pasangan dan ahli keluarga dengan rasa kasih tu nikmat dan pahalanya besar? Acewah kau..hahaha

Dan aku mahukan kehidupan yang positif. Bila awak keluarkan positif aura, energi.. awak akan dapat hasil yang positif juga. Sungguh pun segala yang negatif tu akan tertarik, don't let it define you - affect you.

Okay Fiq?
Okay.