21.10.14

One thing or two

Straight to the point.
Satu benda yang aku belajar/sedar daripada hubungan yang lalu. Kalau rasa ada masalah, ada persoalan, rasa tak kena dengan pasangan atau diri sendiri, silalah rujuk pasangan anda terlebih dahulu sebelum anda mendapatkan konsultasi daripada teman-teman "pakar motivasi" anda.

Benda ni aku terfikir selepas keluar daripada bilik mandi. Tengah keringkan rambut tu, memori yang macam ala-ala jauh tu datang dan click.

Benda ni kalau kita apply dalam urusan dengan manusia sehari-hari pun afdhal. Tak puas hati dengan member ke, ada gosip terbaru dalam family ke, nak mengamuk dengan bos/lecturer, senior buli suruh translate jurnal bahasa Inggeris ke bahasa melayu ker... Daripada buat kesimpulan sendiri dan terjun dalam "perigi kebinasaan", eloklah bawa-bawa bertenang dan berbincang.

Kalau teman anda cuba berdalih, cuba dan cuba lah lagi. Dan jika anda yang ditanya - berbuat senang lah untuk kebaikan masing-masing ok. Make it simple and easy for everybody.

Aku dah hilang beberapa orang teman rapat (semua jenis gender) disebabkan perangai aku sendiri yang diam bila rasa ada masalah. Dan si polan, si polan tersebut pun begitu. Akhirnya sama ada gaduh besar dan rapat kembali, tak gaduh dan tak juga rapat atau ah paham-paham sendiri ja lah. Bila tahu yang teman tu pernah berbincang dengan kelompok/individu lain tentang apa yg pernah korang ada (after everything has ended), man, it feels like ruginya. Ruginya masa di dunia ini....! Gitu.

Dan ya, hilang best friend bukanlah satu perasaan yang paling best dalam dunia. *sigh*

Mungkin sebab aku perempuan kot. Selalu nak ada justifikasi, huraian masalah etc etc. Semuanya pun untuk pembaikan diri. Wallahualam.