03 October 2014

Bitter

Kau takkan jadi cukup bijak untuk seseorang. Atau secantik seperti yang orang harapkan. Kau takkan dapat puaskan hati semua orang. Manusia akan selalu cari kesalahan kau kerana ma-nu-sia itu sendiri rompong luar dalam, mereka tak sempurna. Orang akan selalu harapkan kau jadi luar biasa - untuk kepuasan mereka sendiri and guess what, akhirnya mereka akan kecewa sendiri.

"You're not an idea of a person. You are an actual person."

Kau rasa sebab kau punya perasaan. Kau beremosi. Kau makan makanan macam-macam dan kau berekspresi. Kau hamis, kau wangi, kau sihat, kau sakit..

Kau berjaya dan kau diangkat. Kau gagal, kau diiinjak.

Urusan kau adalah untuk selalu naik taraf diri. Dan manusia itu berkembang dengan pertambahan ilmu dan sikap positif dalam dirinya. Cuba cuba perkara baharu..biar renjat neurotransmitters dalam tubuh kamu dengan energi yang baik. Apa orang lain fikir pasal kau, tu bukan urusan kau. Let them be.

..dan orang lain itu mungkin saja cinta hati kau, kaum keluarga, sahabat handai, guru atau tukang cuci baju. Siapa sahaja.