15.7.14

Hard Love

Aku dan abang takkan ada tanda noktah. Hari ni hari turunnya al Quran. Hari ini dalam kalender Islam dua tahun lepas - 6/8/2012 hari mangkatnya abang (aku tulis ini untuk mengingatkan diri yg sentiasa bergelumang dengan kesibukan).

Aku kira..aku kira ianya suatu penghormatan, suatu..bentuk kasih sayang yang Allah swt hadiahkan buat abang. Dijemputnya dalam bulan mulia ramadhan. Jadi, baik hari ini maupun 6/8 nanti bukan lah suatu hari yang sedih dan penuh melancholy. Tidak bagi aku.

Perspektif nya, abang pergi tapi tak hilang. Abang subur dalam ingatan, ruh dan jasad - maafkan jika bunyi melampau.

Perspektif nya, hard love is...saat kau hidup dengan sesuatu; dan tetap langsung teruskan membesar, menua dengan kecintaan itu walaupun secara zahir ianya sudah tiada. Bukan fasal letting go dan bukan fasal moving on tetapi fasal prinsip.

Tak ada sesal. Aku belajar perubatan kerana dia dan meninggalkan bidang tersebut kerana tidak ada lagi dia - cinta.
(Dear Fiq, Aku boleh build beribu macam alasan...tapi takkan boleh sangkal penyebab yang satu itu.) Tho I'm not entirely leaving that field - still revolving around the same thing. Just less human contact. I'm  spreading my wings as he advised me to always get out of my comfort zone. Sipping in the hard love.