24 July 2014

Corrupted Minds 1

Tak semua orang akan dapat pasangan seperti a knight in shining armor atau putera menunggang seekor kuda putih sambil bersenandung lagu cinta. Aplikasi realiti nya, tak semua orang boleh dapat teman lelaki semacho, sekaya Tajol dalam drama "patah sayap ku patah" atau seromantik 'lautan api sanggup ku renangi, tujuh benua bisa ku rentasi'....like during 80's...

Aku maupun gadis biasa lain tak lah selara Cinderella - dah lah rupawan, rajin pula tu. Tidak lah se-independent with noble attitude macam Angelina Jolie. I don't have rocking body like J.Lo nor a beauty with business minded like Neelofa. -- itu semua personaliti tivi yang anda bisa lihat sehari-hari.

Persepsi. Apa yang kau lihat di kaca tivi. Cukup buat kau idolise hingga terbawa ke alam fantasi. Sejak Ustadh Nouman Ali Khan pesan, "Dah dah ler tu tengok hindustan. Depan anak-anak lihat pelakon menari menjaja kununnya cinta,  itu mesej yg kamu mahu sampaikan pada anak kamu? Idea dan persepsi yang kamu tanamkan pada minda mereka, itu yg mencorakkan masa depan mereka. How they see the world. It's fake!" Aku pun bohlayan hindi. Tengok mana yang ada dalam hardisc tu pun kalau ada mood. KKKG would always be my choice as it filled with family values. Back to my point - apa yang kau lihat di tivi, tak semestinya itu yg kau dapat sungguhpun kau mahu. Tambah lagi bila masuk bab jodoh, rezeki.

Yang aku lihat, orang dewasa pun mudah terpengaruh dengan apa yang disuapkan media elektronik. Hadap lah lagi drama Melayu, drama Korea yang kurang realistik. Nama pun drama dan banyak suntikan hiburan - itu pun susah nak differentiate dengan kehidupan seharian.

Dan anda dan andi sekalian, yes, telah menyusahkan saya dengan pelbagai permintaan dan harapan yang ridiculous! Oh my...the pressure! I'm literally grabbing the back of my neck.

Aku tak halang atau maki hamun kalau anda dan andi mahu menonton drama omputih, tagalog, indonesia, Melayu, cina, india, satu malaysia..cumanya don't get too excited and too obsessed with the very idea of how LOVE should be and should be conveyed. Stop shove it in one's throat - my throat; who do not really enjoy those kind of entertainment.

Dalam doa sehari-hari, aku tak minta orang berbadan sasa seperti John Cena ke atau buff brainy beauty with fat bank accounts sebagai peneman hidup. Cukup lah ada teman buat ke Jannah (cliche but lulz ada ke yang mahu ke Jahannam?) Teman susah senang. Teman yang boleh terima buruk busuk. Dan yang penting, aku juga boleh terima buruk busuk dan tolerate semua huduh perangai, busuk masam seorang manusia. Jadi black knight instead - get each other's back through hell and heaven times.

Kerna akhirnya, kita perlukan satu sama lain. Kita tak mahu orang benci kita apabila semua nikmat dan pemberian Tuhan ditarik balik. Kan?