11.6.14

Ruang Hampa

"Somehow I feel detached from home. Like there's no one there. Not a soul. As if the world stops spinning, but everything is moving except for me. As if I'm crawling back to the arms that have had killed me before."

Aku bercakap seolah luar konteks iman. Abah puas gula-gulakan aku dengan plan itu ini supaya aku pulang. Hati bunda mungkin sudah menangis. Ada anak-anak kecil yang menunggu untuk aku menjadi teman. Ibu muda menagih simpati aku dengan rindu-rinduan.

"Tidak rindu kah dengan kami?"

Tak mampu aku jawab. Jujur. Sehingga aku catit di sini - Fiq, kenapa berat hati? Fiq, kenapa suka meminggirkan diri?

Bibir mengukir senyum. Melangkah ke depan bukan main payah. Di sini bukan rumah. Di sana ada rumah. Jangan sampai tersesat di ruang hampa.

"Selagi pintu terbuka, balik lah."