26 April 2014

Sembunyi Rasa

Ada rasa yang mau diluah tapi tersekat di rengkung - ia mulai keras membatu.

Saya.
Saya mahu ucap rasa itu dalam elus pelukan erat, dalam dedar debar awak yang memikat. Malu yang mula merona di pipi, saya sembunyikan di dada awak. Saya mahu kita kekal...sekurangnya sayalah yang kekal dalam pelukan awak yang tak berbias, tak menjatuhkan hukum, tetap setia mendamaikan.

"Belum ketemu sudah pandai merindu." "Demam kasih bukan demam biasa-biasa."

Hailah sayang...tak perlu tunggu cemburu untuk tahu saya cinta!

**

Ada orang itu senyum simpul. *gigit bibir*
Tenanglah hati. Kita alun lagu kitab suci dulu.