06 December 2013

Keikhlasan hidup ber-kucing.

Kalau tak nak bertanggungjawab dengan kucing jalanan/terbiar/yatim piatu, kau jangan lah offer dia makanan tiap kali masuk waktu makan. Jangan bagi harapan palsu pada kucing-kucing yang tak berakal tu. Bila kau acah-acah bagi makanan sekali dua, masuk tiga kali mesti kucing tu persoalkan 'kenapa manusia ni tak mahu bagi aku makanan? Aku dah give up belasah tikus, lipas dan cicak. Mana makanan aku?'

Kau, manusia sebenarnya dah rampas peluang kucing jalanan/terbiar/marhaen untuk hidup secara alami nya. Sekarang bila kau tak bagi sisa makanan atau frieskies fancy, mulalah kucing tu korek tong sampah, curi ikan/ayam yang defrost kan. Padan lah muka tu - habis stock lauk seminggu. Tak cukup curi, kucing akan selalu hangout di laman rumah kau. Berak, makan, kencing, berasmara sesuka hati. Kan dah jahanam hidup aman kau. Kucing pon dibenci. Dah buat musuh. Kau marah-marah kucing tadi. Verbal abuse, physical abuse! Jangan kata kau tak pernah tengok kucing kena kerat ekor, kena sepak, sengaja dilanggar, disimbah asid.. Siapa yang tak berakal sekarang?

Dengan kucing ni...hemat aku...kau tok sah lah nak acah-acah. Commit terus. Kasi air, makan cukup. Aman hidup kau. Boleh buat teman bermain. Pandai atur berak sendiri. Tak kacau hidup orang lain. Berdosa tahu kalau jiran tak selesa tinggal dengan kita akibat kita tak bertanggungjawab terhadap kucing tu tadi.

Kalau sekadar bagi makan kucing, tegur sekali sekala kekonon nak tunjuk kau manusia berpekerti - tak usahlah. Berhenti bazir tenaga bagi harapan palsu pada kucing jenis begini. Kucing pon mahu dibelai dan dijaga. Mereka cepat menggantung harap. Jangan pula kau berpaling arah pada mereka setelah semuanya membosankan dan hanya 'stage entertainment'.

Aku tahu...setiap kucing tak sama, berbeza rupa, jenis dan personaliti. Aku tak wajar judge kucing dari segi rupa dia. Ya, aku memilih dalam melayan kucing. Pasal aku pernah ditahi, dicakar dengan bermacam kucing - nasty business. I've even dated one once - a pussy should say.. It was...owh forget it.

The thing is. Kucing ni haiwan peliharaan yang dah lama berdampingan dengan manusia. Either you seriously pet them or let them be.
Pastikan kau ikhlas berdamping dengan kucing, barulah barakah hidup dipenuhi riang gelak tawa. Tak gittew..

(Semuanya berdasarkan pengalaman sendirian berhad)