11 September 2013

Suri Rumah Tangga

Suri.
Kau tahu..menjadi seorang suri rumahtangga itu bukan tugas yang senang?
Pekerjaannya berat, tangga gaji tak pernah naik apa lagi pangkat dan nama..
Bonus pon jarang sekali dapat..
Kerja apa saja yang tak penat dalam dunia ni kan?
Tapi imbuhan surirumah tangga ni menarik dan cukup lumayan buat kaum wanita.
Lunas tanggungjawabnya bukan sekadar cemerlang di dunia tetapi di akhirat juga.

Aku kenal ramai anak asuhan seorang surirumah tangga ni yang berjaya.
Kalau kena dengan didikan, anak-anak mereka ni lebih pintar.
Bagus eq maupon iq.
Yang perempuannya, lengkap serba serbi ilmu keperempuanan
dan yang lelakinya cukup taat dan prihatin terhadap kaum wanita.
Saling lengkap dan padu ying dan yang.

Rumah.
Tapi...power lagi kalau wanita yang berkerjaya dan tak abaikan langsung tugas
sebagai isteri maupun ibu kat rumah. Bonda saya salah seorangnya.
Itu hari pagi lagi babah mesej, mak dapat the highest post and recognition from kementerian kesihatan.
Padahal dah request optional pension tu.. hahah
So kenalah sambung kerja sampai pencen betul next April.
And she's happy! no more gloomy face, bitter, heart-ache..etc etc..
Allahuakbar. Magnifique! Alhamdulillah.
Mom....tak boleh duduk diam.
Numbness pada kedua belah kaki tak halang dia excited untuk berkhidmat untuk kemajuan khidmat kesihatan negara. Dan beliau sangat komited, active, positive!
Padahal mom kena guna walker stroller to help her berjalan and all (due to post-accident effect, she's suffering from neuron-interference on both of lower limbs, causing prolong numbness)
She once told me a story, "On my early days working as a nurse in HKL, there's a matron (same post-title as her in the hospital) and she's British. she used wheelchair at the workplace. she was in a lot worst situation than i am now, but she managed to do her work. (if the matron done that) why should i quit, right?"
smiled. i knew my mother.
Tak malu pon bekerja dengan berkerusi roda ni.
Selama babah hospitalized lebih kurang lima-enam bulan tu, mak bekerja seperti biasa di Hospital.
Lepas babah discharge barulah mak ambil optional pencen.
Kalau ikutkan heran mulut orang mengata, jangan hidup lah.
Survival tips 101.

Tangga.
"we're slowly recovering," babah said. keep praising and be thankful to Allah, he added.
and i couldn't ask Allah swt for more.

Mak mungkin bukan seorang surirumah tangga, tetapi dia suri di hati kami. dan hell yeah, alhamdulillah kami anak-anak perempuan reti pon masak, berdikari dan merantau negeri demi sesuap ilmu berkat hasil mata pencarian mak. Jika semua benda dalam dunia ada nilainya, ibu kami yang sa-orang itu tiada bandingannya.

"Sayang..mak and babah, we started with nothing! Nothing! and look at us now..Alhamdulillah.!" - babah.

Aku pon dah melabuhkan tirai Mesir dan membuka chapter hidup yang baharu di Bogor. Ya, demi sesuap ilmu. Pengalaman dan nilai hidup yang tak dapat aku tukar gantikan dengan mana-mana matawang dunia mahupon harta. Moral dan input yang aku peroleh daripada semua keputusan dan pilihan ini tak dapat aku alihkan dengan kata pujangga mahupon bahasa falsafah.. Setahun ni banyak mengubah hidup aku dan keluarga. Benarlah, pengalaman adalah guru yang paling kejam dan bisa membuatkan kau menggenggam segulung ijazah cemerlang kehidupan. Insyallah.