01 July 2013

Penyerahan

Tidurlah dalam dakapan
Bawa aku sama
Dalam mimpi berlatarbelakangkan syurga.

Hela nafas biar serentak
Degup jantung yang berbisik, detup-detap
Saat jarum jam terhenti di sini
Momen ini telah aku rakam, kan ku kenang sampai ajal.

Bibir manis, raut wajah tenang
Helai rambut aku sisir perlahan
Tautan jemari bersatulah
Demi jiwa yang sempurna, raga ini aku taruhkan.
Ia bukan lagi milikku.
Milik kamu.

- Selamanya?
Selamanya..

*****

Kasih sayang itu sedia indah. Perindahkan ia dengan ikatan yang sah, tautan yang semakin kuat, bumbung rumah yang ramah dan daun pintu yang sentiasa terbuka - mengalukan.

Semua ini demi Tuhan. Kerna Tuhan itu lambang kesaksamaan, keagungan dan keabadian.