18 June 2013

Tarnished

Yang sebenarnya kematian telah pun menjangkiti sebahagian jiwaku dengan mangkatnya dia, kekandaku, sebaik saja terhentinya alir darah merah yang selama ini menghidupkan hati-hati kami.

*merenung katil-katil kosong di hospital, tetamu saling bertukar ganti sama ada pengakhirannya hidup maupon mati, aku lupa. Ya, aku lupa yang bahawasanya kematian, ajal maut itu bukan sekadar mengelilingi dan mendekat - ianya telah terjebak ke dalam kehidupan kami.

Bodohnya aku menanti mati padahal dah sepuluh bulan - sejak kanda pergi - jiwa ini pun turut mati*

Dan malaikat maut itu masih menyembunyikan karakternya.