6.6.13

Satu tapak di belakang

Aku tahu kau frust. Tapi alasan kau kebudakkan. Kau fikir aku di sini demi siapa? Ada kau fikir kenapa keberadaan kau dan aku di sini? Ada kau tenung jauh-jauh atas sebab apa, kenapa, mengapa kita ditakdirkan begini?

Ditawarkan berjuta ringgit pon aku tak mahu lah. Jangan jadi gila. Kemahuan kau dan kemahuan aku berbeza tapi kerana darjat di syurga; aku kerahkan badan dan otak tak seberapa ini demi menurut kau.

Sebal ya. tapi aku sisihkan semuanya ke tepi.
Bebal ya. Aku lah tu. Aku, yang tak pernah berjaya meletakkan nasib kau di tempat tertinggi.

Dulu aku pernah berpesan, jika kau mahukan perakuan manusia - kau akan dapat manusia. jika kau mahukan Tuhan - Dia sendiri akan mendambakan kau.

Tapi kau tak pernah dengar dan kau keras salahkan aku dalam semua perkara.
Aku diam. Nah, mahu aku berkata apa lagi? Setiap butir bicara hanya angin lalu. Tak tersinggah di hatimu dan tidak juga menagih simpatimu.