12 June 2013

Hari ini

Bait-bait kata tak termampu lagi untuk aku sulam menjadi gebar buat selimut dinihari. Huruf demi huruf dari langit angan telah jatuh berguguran dan bersemadi aman bersama kuburan milik abang.

Buat sekian kalinya abang, aku sudah tak mampu tafsirkan mimpi agar jadi lagu terindah. Tinta magis semakin kelabu.. tangki idea kian berjelaga. Khabarkan pada aku, abang, saat bila bakal aku turut langkahmu. Dada ku sebu penuh rindu!