13.5.13

Ini bukan puisi, ini Siti Nurhaliza remix.

Saya akan selalu rindukan awak dan pelukan awak. Rindukan saat saya rebah dalam rangkulan awak dan usapan lembut di lengan kanan saya. Andai takdir memisahkan kita sekali lagi lagi, kenangan ini yang bakal saya kenang sehari-hari. Ini bukan hanya janji tapi ini juga misi. Semoga Tuhan satukan kita dalam hayat ini.

Ini bukan sekadar tautan jasad tapi juga jiwa. Kita sering seiring walau dalam waktu berkelana. Harap diiringi berkat Tuhan sehingga berjaya. Kerna Dia tahu hanya awak yang saya cinta. Ke akhirnya.