25 April 2013

Komplikated

Aku ini perempuan yang banyak komplikasi. Lebih drama daripada drama swasta. Lebih sinis daripada wayang sinetron. Halnya senang, aku dah lihat dan alami sendiri momen pahit. Ye setan, momen pahit semua orang pon pernah rasa. Tapi yang aku rasa ni tak semua orang tahu dan rasa.

Yang dulu masih terkesan..yang kini menambah bimbang.. Hidup harus terus ke depan.

Bak kata pepatah yippon, dah terkena atas batang hidung sendiri barulah tahu langit tinggi rendah.

Ibaratnya kini aku berasa di platform tali gantung. Jika diputuskan mahkamah dunia bahawa aku wajar jatuh, maka jatuh mati terjerut lah aku. Kalau diputuskan aku bakalan walk away, bebas lah aku. Kau yang memerhati harus buat keputusan. Samada kau ikut terjerut atau kau tunggu aku di bawah dan ampu badan aku - supaya tak mati tercekik. Kau tak boleh tarik aku keluar dari tempat hukuman ini. Kau hanya boleh bertindak selepasnya.

Kasihan.
Kasihan jiwa kasihan badan.
Aku lah yang digelar monster dan diriku tak ubah seperti black hole. Super massive black hole.

Aku wanita yang banyak komplikasi. Jadikan aku milikmu dan akan aku juangkan kita-kita sampai mati.