17 April 2013

Gwiyomi

Asar itu aku tengok kompilasi video gwiyomi di youtube. Tiada komen tambahan yang nak dilontar. Saya suka melihat benda cantik seperti Tuhan kita Yang Maha Sempurna sukakan benda yang indah. Cuma saya harap tiada lagi hewan bernama shemale mengepit buah dada saiz Dd40 menguplod video sejenis begitu. Itu..sesuatu kekacauan dna dan neuron.

Sebelum tidur, seperti manusia normal yang lain saya layari twitter dan melayan kehendak nafsu meng-retweet dan tweet perkara yang saya rasa ada faedah. Tanpa saya sedar imejan avatar perempuan kiut miut di timeline telah masuk ke dalam mimpi lembap saya. Kenapa lembap? Sebab saya berpeluh mimpikan perempuan kiut membuat aksi gwiyomi berulang kali. Cemas dengan orentasi seks sendiri. Hamagad!

Ini amat merunsingkan saya. Sebaik sahaja bangun tidur saya terasa mahu ajak semua kaum wanita yang kiut lagi bertudung agar tidak lagi memakai avatar mereka. Tapi bila saya timbang tara kembali..saya rasa saya tak mahu campur tangan lantas menutup 'rezeki' kaum lelaki.

Kalau saya yang bergen xx ini boleh termimpi wajah mulus wanita kiut bertudung dan bdrcampur aksi gwiyomi yang ala kiut hingga mimpi lembap - berpeluh kerana cemas. Apa tah lagi kaum lelaki yang kerjanya menjadi kuli bagi mimpi. Yang tempat bermainnya di arena mimpi. Yang tempat berseronoknya dalam mimpi!

Mujur saja hewan shemale itu tidak menyerbu mimpi saya. Jika masuk juga, mungkin terjaga sahaja saya sudah buat sujud taubat!