25 April 2013

Gede'

Kau akan tahu kau dah cukup besar dan dewasa apabila ibu bapa yang selama ini menongkat langit hidup kau - mereka sudah perlahan meletak tangan dan kini berpaut pada tubuh kita.

Kau dah cukup besar dan dewasa apabila bil api, air, bulanan kereta, alam flora, cukai pintu, tanah, bil astro, bil talipon, barang dapur, lauk pauk, baja pokok dan racun pokok, kolagen mak, makanan kucing, duit belanja sekolah adik, ais krim Baskin Robbins, baju dan seluar dalam, cd dan buku Boboiboy untuk anak saudara dan hatta apa sahaja sedikit demi sedikit datang dari poket seluar kau dan tanpa sedar elaun bulanan kau habis sekali nafas.

Ye Fiq. Kau dah besar. Tahniah la perempuan. Dah tak boleh tidur di celah ketiak abah dah.

Seghonok!!