18 March 2013

Pujuklah Rasa

Rasa yang kali pertama tidak akan sama seperti yang kedua maupon yang ketiga. Rasa yang pertama itu pastinya sering terbayang, terngiang, tercium baunya dan terangan-angan memorinya.

Bak kata orang putih, yang pertama itu kan sering terpahat di hati bak tatu. Aku tak pernah bertatu dan setahu aku tatu kini boleh ditanggalkan melalui rawatan laser Q. Kalau sahaja receptor memori tu boleh ditanggalkan..namun siapalah aku untuk menafikan nikmat ini?