09 March 2013

Komplen.

Mentang-mentang lah aku anak medical staff. Medical student pulak tu. Tapi takkan mentah-mentah je staff nurse serahkan nursing care ayah pada aku. Mind set macam mana ni staff nurse oi?

Kalau nak cerita..panjang.. sebulan lebih aku bermukim di hospital ni kerana ayah gering aku rasa boleh buat 12 kitab kalah kitab-kitab keluaran Buku Fixi jelanya cerita pasal nursing care di sini. Aku sole guardian. Aku tak punya shift. Kau boleh bayang jiwa tak jiwa aku di hospital ni? Aku tak berulang ke rumah. Di mana katil ayah, di situ lah aku duduk.

Aku tak ada lah nak jahatkan sangat mulut pada jururawat kerana aku faham betapa banyak dan payahnya kerja mereka - sebab aku pob kena buat! Tapi yang aku kesal, ada beberapa perkara yang mereka lepas tangan semata kerana aku, kami dari keluarga medical line dan aku sendiri medical student - tahu dan fasih habislah kunun.. The fuck apa kalau dari bagi ubat, sponging, bed making, clear stoma output, suction semua aku yang buat. Dressing pon kakak aku yang buat kadang-kadang tu. Nurses ramai kat kaunter tapi nak tanya "Perlukan assist tak?" Tak ada pon macam tu. Sebal. Doktor buat round pon tak ikut lepas ti mula lah salah buat itu ini. Astaga...

Nurse ada 3-4 orang setiap shift. Dengan PPK lagi. Student nurse dari IMU, Masterskill pon ada. Ramai weh. Masa kat ward surgical, dah 4 hari masuk nak jenguk patient hourly pon tak. Astaga.. duit gaji awak tu gaji buta ke? Bagi aku lah senang sebab kadang-kadang patient (bed ridden) depan pon aku yang attend. Ada dua orang nurse yg dasar pemalas dan mulut fitnah aku adukan pada ketua mereka. Biar rasa. Baru lah mereka nak bantu. Ikhlas tak ikhlas tu belakang kira yang aku kisahkan kerja mereka, mereka buat. Semua aku yang buat baik aku buka hospital sendiri!

Aku pesen tak kisah bab jaga ayah aku. Sponging, feeding even naps pon aku yang buat. Alhamdulillah bila dah naik ward medical ni ringan sikit beban aku walau kadang-kadang bila dapat nurse malas yang jaga memang aku kena pulun habis satu hari.

Doktor ke..jururawat ke..kalau pesen pemalas tu pemalas lah jugak. Lambakkanlah kerja pada penjaga (medical student setahun jagung macam aku ni). Allah swt je boleh nilai jasa kerja awak. Terima kasih banyak- banyak.