11.2.13

Menunggu Keajaiban

Aku rindu nak bercinta dengan dia. Senyumnya, bicaranya, sentuhannya - memukau rasa hati serta menundukkan ego seorang anak.

Aku rindu nak berilmi dengan dia. Buah fikirnya, ide original, minda terbuka serta petah bicaranya tak gagal buat aku terpersona. Lengguk bicaranya bikin aku setuju. Semangat patriotiknya buat aku mahu bertarung untuk negara ini.

Dia mendidik aku dengan kehidupan penuh bakti.
Jika tiada dia makanya tiadalah  berganti.
Hidup kan terasa sempit dan rugi.
Bicaraku bakal mati dan tiada lagi percambahan ideologi.
Sunyi!

Aku sujud dan pohon agar ruh dan zat Tuhan angkat dia bangun.
Agar lepaskan bara kesakitan.
Agar pimpin hatinya menuju kerahmatan..

Babah. Aku rindu.
Kita-kita seperti dulu.

****
11 Feb. 10 am doktor sahkan beberapa organ babah mati selepas pembedahan kecemasan laparotomy yg kelima. Buah pinggang dan respirasi pakai mesin. Degupan jantung pakai ubat dadah untuk dikawal. Sanak saudara dah diberi perhatian & peringatan. Tak putus tamu melihat dan menyokong babah di Unit Rawatan Rapi.. Babah belum mampu sedarkan diri malah doktor sengaja bikin dia 'tidur' supaya bertenang. Sudah setahun 6 bulan aku tak lihat babah yang dahulu - ceria & bersemangat. Rasa rindu cepat sangat bertamu. Kondisi babah tidak tiptop impak 4 pembedahan laparotomy kesan accident yang lepas. Di icu kini tiap bicara ku sunyi dan maklum balas daripadanya hanyalah air mata yg tak semena matanya alirkan dan denyutan jantungnya. Kata-kata maaf dan semangat sering diungkap. Kerna aku tahu dia sedang mendengar. Dan aku khabarkan bahawa kami redha dengan takdir ini dan berharap agar keajaiban Tuhan berlaku.

Tidak.. Tiada lagi airmata daripada aku. Bukan sekarang. Keluarga aku perlukan aura positif aku sebagai seorang kakak dan tiang tuk bergantung harap. Insyallah. Insyallah. Kau semua doakan aku kuat untuk babah dan keluarga. Kau semua doakanlah kesejahteraan babah. Semoga Allah Maha Esa memakbulkan doa kita.