04 February 2013

Adaptasi Novel

Semalam aku 'dipaksa' menonton drama Adam & Hawa dengan mak, di katil 9 sebuah wad di Hospital Selayang. Mula-mula aku menolak keras sebab aku pesen menyampah tengok drama melayu yang mushy. Dan aku tak pernah pula tengok drama berangkai lakonan Aaron Aziz. Jadi aku sangsi dengan kebolehan drama banyak episode ni mampu menghiburkan malam kami.

Puas dipujuk, aku tonton juga. Novel Adam & Hawa dah selamat aku khatam beberapa tahun lampau jadi sedikit sebanyak aku hafal jalan ceritanya. Setelah menonton beberapa episode, drama ini berjaya mengikat perhatian aku dengan lakonan Nadiya Nissa, babak pemandangan di Australia yang lawa dan jalan cerita yang memang sudah aku hafal. Tapi besar kemungkinan (fokus melihat sampai ep 17 ) kerana masa itu dikongsi dngan mak & adikku. Family time.

Aku ada terfikir tentang nasihat seseorang. Katanya jika minat menulis, tulislah benda yang baik-baik. Tulis sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat. Dan aku mengaku dan buku Kontrol Histeria dan Main Gila (yg aku join bersama) keduanya buku kumpulan cerpen bergenre bukan umum. Bergenre ganas, fiksi dan hanya sesuai untuk pembaca 18 tahun ke atas. Cuba aku selit sedikit elemen jiwa, moral dan mampu berharap agar pembaca dapat relate dengan elemen tu. Jadi berbalik kepada nasihat tu aku terfikir jika aku menulis novel, pertama, aku nak tulis fasal apa kerana banyak benda boleh ditulis dalam dunia ni. Kedua, jika diadaptasi dalam drama atau pementasan...berapa peratus 'saham' yang bakal aku dapat hasil adaptasi tu nanti.

Berkenaan perkara kedua. Jika cerita aku ada adegan yang menuntut para pelakon melakonkan romantik, watak berpakaian seksi, erotis dan sampai menjamah garis batas syarie, dimana hukum hakam agama memainkan peranan dalam menghakimi aku? Adakah aku akan terlepas di akhirat nanti selepas bayaran royalti oleh syarikat penerbitan dibuat?

Aku tak lah pula rajin meng-goggle atau bertanyakan pada ustaz tentang hal ini. Jika ada, link kan lah. Dulu aku pernah bertanyakan sesuatu pada seorang ustaz di Zagazig dan jawapan beliau, "tanyalah kawan akhi doktorah yang siqah.." lalu aku tertanya-tanya siapa di sini yang belajar agama..dia atau kami yang pelajar medik ni. Abaikan.

Persoalan ini timbul selepas aku fikir tulis buku ni boleh buat duit. Boleh bikin filem. Boleh jadi karier. Tangga gaji pon meningkat tinggi. Dan aku cenderung ke arah penulisan jiwa dan romantis (cewah) sebab tu aku tertanya-tanya. 

Yang musykil,
Gadis Gombuck.
Hihihi