13.1.13

Sepintas Lalu

Masaki Okada; kerana awak cantik dan mengghairahkan dengan rambut kuning, jadi saya maafkan awak.

Manusia mudah lupa.
Manusia mudah memaafkan.

Jepun cari pasal dengan banyak negara 60 tahun yang lepas. Cari pasal dengan China, cari pasal dengan negara kita Malaysia. Banyak lagi. Tentera Jepun bangsatkan mangsa mereka. Antaranya tok nenek kita. Mereka jajah kita, buat janji kosong. Jepun seksa, rogol, bunuh dan hamba abdikan kita. Jepun berjaya buat kita cemas pada suatu ketika dulu. Mereka berjaya naikkan adrenalin tok nenek kita supaya bangun menentang.

Jepun juga berjaya sekarang. Adrenalin dan anxiety kita mencanak-canak dengan produk komersial Jepun. Mereka bangun selepas ditumpaskan. Mereka kaum yang jatuh lalu bangun semula. Mereka maju pesat dan cepat. Macam-macam ciptaan mereka mampu membuat kita kagum dan taksub. Budaya mereka kita selami dan kita angkat. Teknologi mereka yang maju hingga kita sesat. Produk kecantikan mereka buat kulit kita cerah mulus. Berjayanya mereka kerana ilmu, bukan cara makhluk halus. Mulut kita juga ternganga, kagum dengan kemajuan industri hiburan dan oh ya, porno. Siapa saja tak kenal Ozawa, Yuri dan siapa siapa saja (masukkan nama-nama lain di sini). Sebelum Kpop menjelma, Jpop terlebih dahulu mengambil tempat di hati remaja 2000-an bagaikan ribut. Tak perlu aku hurai lebih, anda smua lebih arif. Malah aku juga tidak ketinggalan terhibur dengan drama Seito Shokun 10 episodes, kartun beratus seasons, komik manga kiut miut dan video games buatan mereka. Sekali lagi mereka tawan kita secara bijaksana. Mereka berjaya tawan dunia. Impian mereka terlaksana!

Kita, yang dulunya mangsa, sekali lagi terbodoh dan terpersona.
Kita tak salah. Mereka tak salah.
Tuhan ciptakan kita berlainan warna dan rupa, berbangsa juga lain bahasa supaya kita bergaul.
Saling kenal mengenali.
Saling spread the LOVE.

Manusia berubah.
Manusia mudah lupa.
Manusia juga mudah memaafkan.

*Ini belum lagi khatib menyebut jasa Amerika kepada umat Islam.
Yabedabedooo!