5.1.13

Lelaki Januari ku.



January 4th, i love you, babah.
Selamat ulang tahun kelahiran yang ke lima puluh satu.

Aku hampir kehilangan lelaki hebat ini 6 haribulan 8 tahun 2012 yang lepas.
Kesihatannya Allah rebut sikit demi sedikit sejak kejadian tersebut.
Allah jua yang menang merebut abangku,
seorang lagi lelaki hebat yang tangggal lahirnya 10 haribulan ini.
Senyum.

Alhamdulillah babah masih sihat. Ada berehat di rumah.
Lapan ribu batu jauhnya dari aku.
Tapi kami selalunya dekat.

Aku merenung waktu.
Andai kata seluruh keluargaku Allah ambil pada hari kejadian, apa jadiku pada hari ini?
Tak ku dapat jawab persoalan sendiri.
Suara mati di rengkung. Mata bundar terkelip-kelip.
Mutiara mata jatuh.
Masih tiada jawapan.

Jadi, aku tadah kedua belah tangan, berdoa untuk kesyukuran ini.
Kerap kali aku memujuk diri,
tiada masa untuk meratapi semua ini.
Tapi aku kerap saja tenggelam.

Serahkan saja kesemuanya pada Tuhan.

Tak sabar nak serahkan hadiah kecil ni kepada babah.
Simboliknya bertujuan.
Dan moga dia sering bawa ke semua meeting kelak.
Sama seperti dia mengendong aku semasa aku kecil.
Yay!

*not too shabby aite? tehehehe*