25 January 2013

Kerana syurga Allah swt itu mahal harganya

Kita hold isu penggunaan kalimah Allah bagi orang Kristian sekejap. Walaupon isu tersebut mungkin pada asalnya ditimbulkan atas provokasi politik tapi ianya wajar dibincang dan diolah oleh scholar agama negara kita secara serius agar rakyat peroleh kemajuan berganda khususnya umat Islam.

Aku terpanggil untuk bercerita pasal apa yang ustazah form 5 aku cerita pada kami sekelas. Cerita ception level 2. Ilham daripada kisah benar Catatan Hari Hari Terakhir Siti Hajar di mujahidah2u.blogspot.com dan semua ni kisah benar dan tiada yg benar melainkan yg benar belaka.

Cerita ustazah saya:
Ustazah mempunyai seorang adik lelaki. Orangnya cukup sederhana handsome. Aku tak pernah bersua muka tapi kalau mengikut traits ustazah - orangnya putih gebu, bernada suara romantis dan penuh karisma, berbulu kening lebat. Seperti kakaknya, si adik turut mewarisi sifat terpuji iaitu sabar dlm belajar ilmu agama dan sifat ini dipupuk di rumah. Solatnya tak pernah tinggal, zikir selalu di bibir, hormat ibu bapa dan sebagainya. Namun begitu...si adik menyayangi ibubapanya kurang daripada yang satu ini. Siapakah yang mendapat perhatian lebih si pemuda ini?

Adik lelaki ustazah ni kuat merempit (baca: menunggang motosikal) jadi nak dijadikan cerita ditakdirkan si adik ni kemalangan. Dengan lori ke dengan kereta ke..itu aku lupa pula..dan satunya mangsa yang parah adalah dia. Riak muka ustazah bertukar jadi keruh bila dia bercerita tentang kemalangan adiknya. Nada suara semakin perlahan dan dalam serak basah.Katanya ada tulang yang patah, ada yang terkeluar, hancur,berdarah dan sebagainya tetapi masih sedar dan lama kelamaan bila ambulan datang dan dia diangkut ke dalam dia jadi separa sedar. Walaubagaimana pon dalam kelam kabut itu tak sedikit dia meracau sakit. Wajahnya cukup tenang seolah sedang didamaikan oleh sesuatu.

Ustazah tanya kami, " Biasanya kalau orang kemalangan apa yang mereka ngomongkan? (mumbling)"
Kami geleng, buat buat tak tahu. Aku bila terjatuh, tersagat lutut dulu selalu sebut "Adeiiii...Makkkk!!" itu je lah..jerit sampai hilang sakit.

Ustazah pon jawab lah pertanyaannya sendiri..
"Biasanya kita cakap aduh...aduh.. Lepas tu panggil mak.. Macam lah mak ada kat sebelah kita sewaktu kejadian tu." Memandangkan ustazah aku tu asal Terangganu jadi dia buat lah lawak ala Ustaz Azhar Idrus sebelum UAI femes pon dia dah pandai buat lawak kering.. Aku yang kusyuk mendengar cerita ustazah, tak gelak. Kerana kemalangan yang membabitkan orang yang kacak adalah berita yang memilukan hati.

"Petugas ambulans dan saksi kat tempat tu cakap adik saya tak mengaduh sedikit pon. Di bibirnya hanya keluar zikrullah.. Allah..Allah.. Dalam separa sedar tu dia ulang nama Allah sampai pengsan," cerita Ustazah aku. Kami angguk laju kerana kagum. Kerana kami terhantuk dahi kami pada hakikat level iman kami.

"Selepas rawatan di hospital beberapa minggu, adik ustazah makin sembuh. Dan ustazah cerita apa yang terjadi pada dia sepanjang dia tak sedarkan diri tu." sambung ustazah lagi.

Menurut ustazah bukan niatnya nak berbangga dengan adiknya. Tetapi ustazah aku nak kami tanya pada diri..jika kami di tempat adiknya yg berada di ambang maut tu apakah kalimah yg bakal kita utarakan? Apakah kita bersedia menghadapai sakaratul maut? Kerana ayat yang diutarakan ketika kita betul-betul sakit dan perlukan pertolongan tu lambang sebenar hati kita. Adakah hati kita ingat pada Allah yang Maha Esa atau penuh kejelikan dengan mengumam ayat ayat yang sia..?

Ustazah menamatkan ceritanya dengan berkata, "Jika Allah swt takdirkan adik ustazah meninggal dunia pada waktu itu, ustazah sudah cukup puas hati. Ustazah puas hati kerana dia mati dengan mengingat Allah." ujar ustazah lagi. Air mata yang sedikit dia keringkan dengan hujung lengan jubahnya.

"Kita mati nanti..kita ingat pada Allah ke? Hati kita cukup inginkan Allah tak?" Berdengung telinga aku bila soalan itu diutarakan. Seluruh isi kelas diam. Tekak menjadi kesat kelat dan kepala hanya mampu menunduk malu. Malu dengan sang pencipta.

Kelas bersurai. Dan adik lelaki ustazah pon dah berkahwin sekarang. Melepasss...
Jadi..tepuklah dada tanya iman.

----

Trolling, usik mengusik, perli memerli perihal agama Islam di twitter semakin menjadi. Terkadang tu ada isu tertentu (yang sepatutnya tidak diambil ringan) dibuat bahan gurauan. Aku  nampak  seolah perbuatan mereka ini dangkal inteleknya. Tiada usaha mahu cantikkan akhlak sendiri tetapi beriya-iya dan berlumba menyebarkan tweet gurauan melampau. Tiada sensitif dalam menjaga nama baik Islam. (lepas tu sibuk judge orang Islam yang lain)

Famous quote dalam Islam, diam lebih baik daripada bercakap. Dan berkata-katalah yang benar sahaja. Usik mengusik boleh tapi biarlah tidak melampau. Biarlah nampak usaha anak muda muslim ni nak mencantikkan Islam dan bukanlah sebaliknya.

Ni pesanan untuk diri sendiri. Sebab diri saya refuse untuk menjadi muslim yang dangkal akal fikirannya dan menjadi stok bahan ketawa non-muslim.