01 January 2013

Kembang Api




"The earliest documentation of fireworks dates back to 7th century China, where they were invented. The fireworks were used to accompany many festivities. It is a part of the culture of China and had its origin there; eventually it spread to other cultures and societies."

Aku kira ucapan terima kasih aku ucapkan kepada kaum cina yg mencipta bunga api, idea yang datang dari Tuhan dan dilangsungkan mereka. Kini menjadi upacara wajib setiap mana perayaan besar bagi umat manusia seluruh dunia. Pesta kembang api.

Sambutan hari raya di kampung tak pernah kalau tak riuh dengan bunyi letupan bunga api dan free show bunga api stadium. Di bandar, pesta bunga api berlangsung di pusatnya. Babah kata, kenapa nak bazirkan duit bakar bunga api? Membazir tu amalan syaitan. Kenapa nak ikut? *muka masam mencuka diselangi dengan "Alahhh... babah ni kan.. Tak faham lah!" Okay, kanak-kanak.*

Amalan syaitan dan agenda kapitalis ni lah membentuk separuh kegembiraan aku sewaktu kecil. Pernah jam dua belas malam kami ke Padang Merdeka menunggu detik menyambut Merdeka, Tahun Baru semata ingin lihat bunga api mengembang seminit dua di langit hitam. Babah turutkan aja permintaan anak-anak. Babah tak daya nak bakar seribu dua duit untuk gembirakan anak-anak. Jadi babah teman kami untuk melihat orang lain bakar duit mereka. Aku tak peduli asal aku dapat lihat kembang api di langit. Mak ayah aku orang bizi. Mereka cuti bila ada cuti am. Bila ada keraian. Tiap kali keraian mesti ada pesta bunga api. Bila ada bunga api, mesti ada orang tua aku menemani. Bunga api = happy!

Di Zagazig, setiap malam jumaat ada pesta perkahwinan di bandar. Jika aku cukup beruntung, aku dapat lihat bunga api free sesaat dua. Orang arab di sini suka berpesta. Dan dalam sesaat dua ni aku senyum, free, tanpa perlu ada lawak kering macam Maharaja Lawak.

Jika 'ke-happy-an' seminit dua ini dikira satu bentuk pembaziran, makanya ianya membazir lah. Jika kau cherish setiap apa yang ada disekeliling kau ketika kau lihat bunga api kembang di langit which is bagi aku adalah family aku, makanya ianya bukan satu bentuk pembaziran..tapi suatu kesyukuran.

2013. Hye.

To Harith Iskandar, mama janji one day kita tengok pesta kembang api sama-sama eh. Love you.