31.12.12

December '12

Bulan disember itu aku bertekad tidak mahu beranak.

Aku takut anak tu berperangai macam aku. Tak jaga solat. Tak jaga aurat. Tak jaga makan minum dengan betul sampai selalu sakit urat. Tak jaga mak ayah. Tak beriman. Tak amanah. Tak jujur. Tak fatanah. Tak dedikasi. Tak tajam minda. Tak dapat mumtaz periksa yang lepas.

Kau tak takut ke semua agen pemusnah manusia bangsa ni melekat turun ke DNA zuriat kau?

Macam mana kalau kau mati separuh jalan dan tak sempat tengok dia mampu atau tidak berdiri atas kaki sendiri? Macam mana kalau kau tiba-tiba bankrap di kemuncak kerjaya kau dan tak mampu tanggung kos pembelajaran anak-anak kau? Jangan cerita pasal insuran nyawa dan tabung belajar dengan aku. Aku belum graduate pon.

Benda-benda dunia yang fakap aku tak risau sangat. Aku tak kisah kalau anak aku takkan boleh pegang ps3 masa mudanya. Tak pegang DSLR sebaya kawan-kawannya. Aku nak padang untuk anak aku bermain kerana ibunya punya kesempatan itu sebelum teknologi memenjarakan segalanya.

Tu belum kes cerai. Belum lagi agen buruk DNA si bapak.

Geez!