09 December 2012

Aurat tu Seksi, Seksi tu Aurat.



Aku melalui pengalaman sendiri amat mengagumi bentuk tubuh seorang teman ni. Selalunya tiap lima hari seminggu kami akan ketemu sambil dia lengkap berbaju kurung dan bertudung melabuhi dada. Baju kurung itu sifatnya melindungi dan tidak wajar melekap di badan (melainkan ada angin topan meniup lalu ternampaklah lekuk pinggang dan celahan V). dan seperti manusian social biasa kami berinteraksi senormalnya. Pertemuan kami terbatas sekadar di bilik tutorial, lab, sekitar kedai makanan dan jalan-jalan yang mana kesemuanya menuntut kami masing-masing berpakaian menutup aurah. Baju kurung adalah pakaian menutup aurat paling popular dan afdal di kalangan masyarakat melayu muslim.

Pertemuan kami yang dimulai dengan salam tangan dan cium pipi kanan, kiri dan kanan kembali tidak berhenti di tempat awam. Kami menyertai sebuah perjumpaan di kalangan akhawat sahaja. Berlangsung di rumah akhawat dari pagi sehingga suku malam. Berada di tempat tertutup, selamat daripada pandangan ajnabi, kami mula membuka pakaian aurat kami. Bermula dengan memecat tudung. Dan baju kurung berganti dengan t-shirt dan jeans potongan straight.

Mengejutkan, kawan wanita aku ini rupa-rupanya mempunyai rambut yang berkilau, potongan badan yang langsing dan seterusnya aku simpan sendiri. Hampir berbulan kami tidak bersua dalam keadaan yang santai dan rileks begini, aku jadi sangat teruja. Melihat bentuk tubuhnya yang beralas t-shirt dan seluar jeans sahaja buat aku terpukau. Dalam maksud yang baik.

Awal perbualan wanita muda seperti kami menjurus kepada isu bina rumah tangga. Delusi tengah hari dan aku discover sesuatu. Menutup aurat itu seksi. Hadiah yang paling mapan daripada si isteri kepada sang suami sepulangnya dari tempat kerja. Segala waktu dibazirkan untuk ‘berdating’, bersabar dalam tempoh perkenalan, wang hantaran, penat lelah majlis perkahwinan dan lain-lain seolah berbaloi untuk melihat keindahan yang tersimpan kemas. Ibarat kek hari jadi dalam kotak kek. Keterujaan itu berganda!
Dalam diam aku memuji kawan aku. untung bakal suami. Untung lagi keluarga yang bakal terbina. Sang ibunda pandai menjaga diri. Sejuk hati bakal mertua, si menantu mengikut tuntutan syarie.

Sikit-sikit kini aku faham erti simpan aurat. Sikit-sikit aku faham erti jaga penampilan diri. Hai wanita, Tuhan jaga rahsia mu banyak dan banyak juga balasan baik buat yang sabar.