02 November 2012

Foto

Kamera pintar (yang tak perlukan gulungan filem) dengan paparan gambar sekelip mata di skrin berwarna buat aku hilang salah satu nikmat dunia iaitu mempunyai gambar (yang berbentuk fizikal sama ada 4a atau 3a) yang boleh disentuh, didakap, dicium & di bawa peluk tidur. Telefon bimbit pintar dengan kamera saiz mini berpixel tinggi juga membunuh nikmat dunia ini. Tambahan pula dengan aplikasi muat naik terus ke facebook, instagram, blog dan  berbagai lagi membuatkan filem kodak (yg perlu dicuci di kedai gambar) luput khidmatnya dan hanya tinggal kenangan. Ini butoh.

Teknologi pintar membuatkan manusia kian malas nak ke kedai gambar untuk print/cuci gambar. Sekeping mungkin kini sudah cecah 60 atau 70 sen sama harga secucuk satay di restoran Haji Samuri. Harga printer, kertas gambar dan dakwat pencetak berwarna semestinya mahal. Tak mampu aku milik dengan pendapatan kasar kurang RM 200 sebulan hasil simpanan duit poket pemberian mak.

Sebab tu aku suka polaroid. Dan minat ini dikongsi sama dengan rakan baik aku, Syah. Syah dah ada polaroid. DSLR power dia entah kat mana aku tak tahu.

Jadi aku salahkan teknologi di atas kemalasan aku yang bertimpa-timpa.

Tiap malam, baring nak tidur, harus buka skrin henpon dan tanpa sedar henfon jatuh timpa hidung. Sakit macam bersunat tiga kali. Di sini kepingan gambar atau album main peranan agar hidung aku terus selamat daripada 'dicium' henfon (tiap kali mengantuk, bupp! jatuh henfon atas hidung)

Sebelum aku mati, aku nak print semua.. i mean yeah SEMUA gambar kami famili. Mahu bikin dua album untuk simpanan babah & mak. Satu untuk kakak ipar aku, Kak Ira & Haritth anaknya.

Aku nak print gambar Abewa besar-besar, frame dan letak kalungan bunga. #LULZ.

Sigh.

Banyak rupanya benda yang aku belum buat lagi untuk family. Fizikal dan materialnya.

Kasih sayang? Semuanya untuk mereka.

25% untuk awak yang membaca.