31 October 2012

Empty Dustbin 3

Masih belum boleh bercakap fasal perasaan.
Tahun ni aku pulang, tak rasa makanan mak atau Abewa. Aku tak salahkan mereka. Jauh sekali nak tunding jari pada Tuhan.

Nak meluahkan kepada antara satu sama lain...kami masing-masing pon kehilangan. Jadi aku buat nursing care, aku tak berborak dengan mak sangat. Babah pon senyap menyepi. Bebanan perasaan yang bila aku timbang adalah lebih kurang tiga tan.

Hati yang kuat untuk menampung.

Aku nampak kelibat Abewa hari tu. Terdengar suara dia bercakap dengan aku. Delusi. Jangan layan delusi. Faktanya, Abewa dalam kubur mendakap anaknya Qairin.

Alhamdulillah misi tercapai. Misi 2 Bulan aku tercapai untuk menjaga mereka sepenuh hati. Mungkin separuh hati sebab suku lagi dah terkubur. Another suku entah pergi mana.

Sekarang ni aku ada masalah pantas lebih besar.

Nak sambung belajar ke tak nak?