21 August 2012

Tinggal 10 Hari Lagi...

..Nak Balik..

In sayu mode.

Terlalu banyak dalam fikiran sehingga perlu aku rasa untuk Tuhan hentikan dunia ini sekejap dan biarkan aku berfikir panjang. Tanpa ada masa yang mengenjak ke depan menghampiri hari muka..dan tanpa ada masa yang terkebelakang mengulang kepahitan yang berlaku.

Terlalu banyak dalam fikiran sehingga perlu rasanya untuk aku lepaskan segala title..segala komitmen aku sebagai pelajar dan langsung buru ke pangkuan bonda. Bonda perlukan aku.

Aku tewas. Aku dah tak percaya bonda dalam jagaan Tuhan. Biar aku sendiri mengelus bonda..membelai tidur malamnya..mengubat sakitnya.. Bonda perlukan bantuan aku. Mohon Tuhan tolong arrangekan begitu..arrange biar aku bisa bantu mereka yang sangat sangat perlukan kudrat aku.

Dan babah.. Raja di hati aku itu rebah dalam kesusahan dunia. Tak wajar bagi aku untuk kemam diri, membatu.

Amarah yang menggunung ini bak api majusi yang liarnya bisa membakar tak kira kawan atau lawan.

Terbaring lesu orang tuaku itu umpama tiang-tiang kerajaan Roman jatuh menyembah bumi. Khidmat Iskandar Zulkarnain pon belum boleh membantu..

Pada Tuhan aku mengaduh, mengadu. Pada Tuhan aku teriak benci, rasa pilu.