13 August 2012

Sudah tujuh hari

tiada pagi yang aku bangun tanpa dikit titis air mata. sejak berita dia dah pon tinggalkan aku.
mata merenung kosong skrin hitam telefon bimbit. teragak-agak membuka segala private mesej di twitter mahupon facebook. berdebar tiap kali memeriksa notifikasi.. kerana berita dia tinggalkan aku hari tu, aku dapat melalui pesanan ringkas adik di private mesej twitter. dan adik hanya tahu berita kemalangan apabila bomba menelefonnya. persis drama samarinda.

nafas ditarik lega hanya bila sah..sah yang tiada lagi berita buruk buat aku. mata terpejam rapat, tangan meleraikan telefon bimbit (yang bakalan hilang kerna melurut jatuh di bawah katil) dan badan masih terkujur di atas tilam.
kekuatan pon ada pasang surutnya.

tiada malam yang aku tidur tanpa ada cemas mengulit. bimbang mereka yang masih hidup, mereka yang masih terlantar di hospital tu terkena apa-apa.
mata hanya berjaya dipejam bila ia sudah keluarkan air garam berliter. biar penat, baru lena.
kadang-kadang cepat aku pujukkan hati dengan surah surah cinta yang Tuhan kita kirimkan dulu.

orang lain mungkin tak faham. orang lain mungkin tak merasa. tapi aku faham dan masih cuba untuk memahami. dan aku rasa setiap apa yang aku lalui. Tapi itu semua tak menidakkan aku mendengar nasihat orang sekeliling. fiq kena sambung belajar. fiq kena kuat & sabar. fiq kena cekal. fiq kena itu. fiq kena ini. aku dengar.. mungkin kadang tuli. kadang dalam impi sendiri. bercerita lebat pada teman serumah seolah dia masih ada, masih hidup menunggu aku pulang di depan pintu rumah. berteman dunhill di celah jemari panjangnya. tangan sasa dan basah peluh itu bakalan aku salam dan kucup. badan bulat gantang itu aku peluk dan tumpang teduh.

di sini aku sunyi. tiada kelibat dia yang aku nampak baik di depan mata maupon di alam mimpi. kalau ketemu bisa peluk lepaskan rindu. kalau ketemu bisa ucap maaf dan i love you.
tiada apa-apa. sunyi.

aku kira..minda ini masih melayang. macam terapung di angkasa bervakum. tunggulah bila graviti menarik aku pulang ke malaysia dan aku terhentak. mungkin waktu itu, baru aku sedar. sedar yang sebenarnya sedar.

aku kira kita bakal tua bersama, abe wa.
Al Fatihah.

M. Nasir - Rindu.