03 June 2012

Survivor Houla Massacre

Baiklah kalau dua post yang lepas mungkin berbaur kurang sedap dibaca atau tak worth baca langsung sebab aku, tanpa susun isi menulis apa yg terlintas di kepala. Berkecamuk, aku tahu. Maaf.

Remember bila aku kata "ah..kalau buat cerita pasal #HoulaMassacre ni sedap jugak" sebabnya aku belum baca piece tulisan anak muda pasal kejadian yg berlaku masa kancah peperangan. Kalau ada pon cerpen yang Abrar Shafie tulis masa masuk contest Kisah Klasik Kita dulu. Abrar menang naib johan dalam pertandingan tu. Piece tu sedap.

Dan nampaknya seakan universe menjawab panggilan aku makanya video yang satu ini tersusup keluar di dada youtube. Alhamdulillah mari kita dengar cerita Adik Ali Alsayed dari Kampung Taldou.


Pertamanya, jangan pelik kenapa nama kanak-kanak ini sama seperti abi nya. Kadang-kadang boleh jumpa nama Ahmad Muhammad bin Muhammad Ahmad bin Muhammad. Dan ya, nama atuk pon kadang-kadang perlu disebut sekali.

Yang keduanya, kau tengok tabah tak tabah budak ni bercerita tanpa sedikit titis air mata. Tapi siapa hati hati dia sudah basah lenjun, jiwa dia dah rabak. Dan bahasa badannya sudah cukup memberitahu yang dia ni serius dan bersemangat.

Pagi Jumaat itu keluarganya diziarah kereta kebal tentera/sekalian lori. Rumahnya ditembak bertubi begitu juga kunci pintu. Umi nya ketakutan. Ada bersama adalah kakak/adik perempuan, abang, sepupu dan seorang pakcik. Tentera masuk dan menahan abang dan dua pakcik. Highlight di sini tak semua dalam kumpulan itu adalah anggota tentera tapi ada s.b Sahiba (thugs) anjing suruhan Bashar. Senang nak cam apabila mereka ni botak dan tiada janggut. 

Apabila dua orang pakcik dan abangnya ditahan, si ibu yang kudratnya entah ada apa aja ini jatuh panik. Dalam kekalutan itu ibu Ali ditembak bertubi. Giliran abangnya menyusul selepas itu. Ali menunjuk di kepalanya, cara abangnya dijemput maut. Mata Ali tertutup rapat, antara cuba untuk mengingat kembali moment pahit itu dan melupakannya. Nah, kau boleh bayang kedudukan Ali pada masa ini? Ibunya jatuh rebah, semestinya tiada bernyawa.

Ali menyorok takut di bawah selimut. Dan anjing-anjing itu tak pernah gagal menjejak bau. Selimut Ali diselak dan tembakan rambang dilepaskan. Ajaibnya, tak mengena. Allah swt melindungi Ali saat ini. Ali, dia pandai berlakon saat tentera dan sahiba itu merompak rumahnya. Bila dia terdengar yang rumah bakal dibakar, Ali keluar senyap-senyap saat anjing-anjing itu lesai tugas mereka. Dengan badan yang menggeletar; takut dan risau Ali injak badan kakak/adik perempuannya dan sambil lalu itu dia lihat jenazah abang dan ibunya baring lesu. Dia selamat keluar berkaki ayam. Dan kalau kau lihat wajah kanak-kanak ini sewaktu dia bercerita, dia sedih. Sudah tentu sedih. Bagaimana dengan rasa bersalah tidak dapat berbuat apa-apa? Rasa ini yang membelenggu dia sampai dendamnya tertebus.

Apa yang dia harapkan supaya dunia bukan setakat mendengar, tapi berbuat sesuatu. Barang satu doa sekali pon amat diperlukan - kerana orang beriman senjata terkuatnya adalah doa yg ikhlas. Apa yang dia mahukan supaya kekejaman ini dihentikan. Pada hari itu sahaja 108 orang meninggal dunia. Ali antara yang kita kata closed call, berkongsi cerita tentang apa yg dia telah lalui.

*random petik di google*

Aku tahu tak adil untuk aku bandingkan diantara Ali Alsayed dengan kanak-kanak 11 tahun yang lain. Kemon, kita tak ada perang sunni vs syiah di Malaysia. Cumanya kita buatlah sedikit perbandingan supaya kita tahu letak duduk kita, tahu rasa bersyukur. Aku rasa kalau kita dedah perkara ini pada budak muda kita, mereka boleh ambil iktibar dan cuba berfikir dengan lebih matang dengan tahu menilai dan memahami kedudukan susah payah orang lain. Tak adalah hanya tahu berangan mahukan rumah agam seperti dalam MTV Cribs atau menyambut pesta hari jadi sweet 16 secara mewah. Ali kini automatik dah jadi yatim, sekelip mata. Anak muda kita tahukah perasaan begini, bersediakah mereka?

Dan ini adalah bukti sejarah hitam 2012 yang kononnya rata-rata dunia telah civilize. Telah madani. Bagaimana Bashar nak dihentikan? Sampai bila syiah vs sunni nak melarat? Sampai bila kita yang sudah cukup sunni nak berdiam diri.. Heh..hanya kerana Iran di belakang Syria dan Iran juga kepala singa menyanggah USA, kita semua katup mulut diam diri? Kepada Ali, jadilah pejuang sejati. Embrace yourself with ilmu. Ramai lagi yang jadi fakir dan yatim seperti Ali. Tugas kita yang serba serbi lengkap ini adalah untuk melindungi mereka. 

Syukur juga ramai sudah buka mata dengan kes 'terpencil' di Syria ni.. Syukur juga Himpunan Hijau di Stadium Alor Star kelmarin boleh lawan Konsert Himpunan Belia. Adapon begitu ada juga suara sumbang yang mengatakan Ustaz Azhar Idrus (yg dijemput bg ceramah) pon ketaq lutut dan sujud pada duit. Hati keras lagi kot cik abang? Tak kiralah hipokrit mana pon seseorang tu dalam tindak tanduk beribadah dan sebarkan dakwah, kalau ada yang baik kita ambil lah. Kalau buruk laku orang tu, kalau Allah nak tunjuk dia tunjuk juga.. Wallahualam..