05 May 2012

jatuh cinta efek surreal



Yang boleh jadi jatuh cinta dan semakin jatuh semakin cinta tu bilamana aku nampak kau jatuh rebah dan bangkit semula dengan pemahaman 'kau tahu kau lah segagah-gagah manusia'. Ini salah satu definisi cinta. 

Melihat kau bangkit bertapak sendiri dengan sources cahaya yang kadang malap, kadang tak nampak buat aku terpegun bila kau mampu lalui semua dugaan dan cabaran makhluk halus dan raksasa buas yang tersembunyi dalam maze kejatuhan kau.

Obsesi? Insanity? Namakan apa sahaja. Apa sahaja pada aku kerna sungguhnya aku tak ambil pusing. Aku adore kesemua (jatuh bangun) kamu. 

Dan aku berpandukan jalan cerita kehidupan kau yang serba hebat itu untuk aku pacu layar hidup aku pula. Jika kau jatuh dan berjaya bangkit bak pheonix, aku harus jadi pheonix itu. Kalau kau cumanya manusia biasa-biasa tak ada bersepatu kaca, aku ini, aku ini Peter Pan yang kuasa terbangnya dipinjamkan oleh pepari surga. 

Biar boleh kau jatuh cinta dengan aku sebagaimana aku terpegun lalu jatuh cinta dengan kau. 


*Hiasan*
Aku kira si dia itu gagah mcm ni bila diving. haha