30 May 2012

Borak-borak #HoulaMassacre



Dia antara yang terselamat daripada amukan tali barut Bashar dan regim tentera pada 25 May yang lepas. 
Dia antara yang terpilih untuk menyaksikan titik tolak gelap gelita hidupnya di depan mata.
Dia mengelap darah yang tumpah, entah milik siapa, saudara maranya ke, kakaknya ke, mak nya ke.. 
Mengelap dengan rasa tidak puas hati kenapa dia yang terpilih untuk mengelap darah itu. 

Dan kita sering ketawakan nasib mereka yang kita gelar seagama dengan kita. 
Entah apa dosa, arab digelar arab dan dilahirkan dalam negara arab yang jahiliahnya di zaman modenisasi ini terus-terusan menjentik rasional fikiran. 
Entah apa dosa mereka hampir tidak dipedulikan masyarakat dunia. 
Entah apa dosa mereka didiskriminasikan begitu teruk sekali. 
Sedikit doa pon tidak layakkah untuk ketenteraman mereka?

Kecewa. Ada rasa kecewa yang sangat banyak.
Aku setuju dengan Obe post di Blog Serius - Perbezaan Syria vs Israel.
Di Palestin berita tentang provokasi Israel aku kira kita sudah naik muak mendengar, dan kerana kapir vs islam kita lebih mudah lahirkan rasa sensitiviti. Berdemo tak puas hati sana sini malah memboikot itu ini. 

Dah sekarang syiah nusairi membaham sunni di syria dan bukan setaakt itu penindasan bermula dengan pemerintahan kuku besi Bashar Assad. 15 bulan mereka bertempur mahukan Bashar melepaskan jawatan sebagai presiden korup dan tersimpang jauh daripada agama Islam, mereka hampir gagal.
Dan kini sentimen Syiah vs Sunni mencanak-canak.
Komuniti Islam berpeluk tubuh.
Tak ada yang naik berdemo tak puas hati itu ini dan memboikot itu ini?
Tak mintak banyak pon der..berdoalah khas buat ketenangangan mereka, 
seperti mana kita tak berputus asa dengan Palestin.

Ini bukan perang rebut kawasan abang adik. Ini sudah aku kira cabul habis hak kemanusiaan. 
Nak keluar belakang rumah pon takut-takut kena bedil dengan orang yang seagama dan menyembah tuhan yang satu. Seagama tapi fahaman dah lain-lain. 
Bodoh lah yang kata ini percaturan barat. 
Bak kata Maher Zain; "It's always easy to blame everything from the west, infact our focus should be on ourselves."

Kononnya si abang iaitu Iran di belakang penghapusan sunni di syria hanya kerana ahmadinejad beragama islam syiah. Dude and dudettes, betapa besarnya pengaruh agama dalam sesebuah pecaturan agama. Well genocide turki dulu pon begini juga. Tapi itu Kamal Atartuk. Takkanlah Bashar ni.......wallahualam tapi nampak gaya semacam firaun juga dia ni. 

Dan masih lagi berlegar tentang hendonisme yang menjadi-jadi di Malaysia. Keluar dekat Korea Times yang Hallyu Star wave takkan bertahan lama. Dalam 4 tahun lagi insyallah lenyaplah kpop tu. Bukan kpop yang patut dirisaukan tapi amalan konsert dan hiburan yang aku kira belia kita dah intoxicated ni perlu diperhatikan, dihentikan. Ianya tak termaktub utk remaja muslim sahaja malahan kesemuanya. 
Kalau dah terbiasa dan selesa duduk dalam kandang babi tak mustahil satu hati nanti perangai babi pon dia tiru. <--ini pepatah english yang aku melayukan.

Semoga belia satu Malaysia lebih cakna dan buka mindanya dengan isu antarabangsa dan semasa. Pandai buat pelaburan yang membuahkan hasil dunia dan akhirat. 
Kau, aku dan adib beradik kita makin maju fikirannya dan tinggalkan amalan tak sihat. 
Ya, kita makin sibuk dengan entah-apa-apa sahaja perkara yang kita kejar dalam dunia serba singkat ni. Tapi makin lama kita makin selfish, tak ambil tahu menahu. Jadi katak bawah tempurung tak best dik.
Kalau dah jadi macam Syria nanti acaner? Haruslah kau tak leh nak jawab cane kan.
Aku perhati juga alam twitter sekarang makin disregard adab mengamalkan ilmu agama dengan Tuhan. Apa punya olang la.. Unfollow kang.. 

Dan idea; kalau dapat buat cerpen pasal #HoulaMassacre ni sedap juga ye dak. Mana tahu anak cucu baca nanti..