27 May 2012

Di-faktab


Baru habis satu round paper exam. Alhamdulillah. Ada beberapa round pertempuran lagi. Perut sering kali kecut. Aku usap perlahan dan cakap jangan gusar sebab Allah ada selagi kita ingat dia.

Maafkan aku menyerbu tiba-tiba.

Sadis.


Ini adalah video amatur di Syria. Awak tahu Syria dilanda musibah? Hanya kerana mereka mahukan keadilan dalam sistem pemerintahan negara mereka. Video ini dan berpuluh lagi video di youtube menyiarkan kes yang sama; pembunuhan kanak-kanak berleluasa. Pelaku nya siapa? Ada yang kata tentera Bashar. Ada yang kata mungkin puak penentang sengaja nak burukkan nama Bashar dengan buat plan pembunuhan begini.

Rasional nya apa? Alasan dan untungnya apa? Manusia akan tetap melahirkan anak. Kenapa tak bunuh mak, kenapa bunuh kanak-kanak sahaja? Nak takut-takutkan manusia yg lain? Bullshit. Mereka tak belajar dari Iraq dan Turki rasanya.

Tak puas hati gila babi kerana mereka melibatkan kanak-kanak. Yang tiada dosa. Sedikit pon tak ada. Mereka bukan reti angkat senjata dan baling batu kepada Bashar. Mereka tak tahu apa yang ibubapa mereka perjuangkan. Secara emosinya mereka boleh paham tapi secara mentaliti nya mereka belum sampai ke tahap itu lagi.

Sadis.


Dan ini di Malaysia. Tak suka aku buat perbezaan? Fuck u. 

Ya aku tulis memang nak bezakan. Sungguhpon warna kulit kita satu malaysia tak sama dengan orang Syria tapi raat-rata yang kulit langsat di Malaysia tu beragama Islam, seagama dengan yang putih lepuk bermandi darah di Syria sana. Apa? Perjuangan kita tak sama? Bullshit. Perjuangan kita semuanya sama apabila kita yakin, percaya dan sebut dengan lidah yang kita ni beragama.

Pengisian rohani dengan hendonisme, entertainment (hiburan) kepada jiwa malaysia yang muda mentah. Fuck u belia malaysia butuhkan hiburan. Fuck u. Tak cukup lagi kah dengan konsert tahun baru, konsert raya, konsert jom heboh, konsert jelajah berita harian anugerah bintang popular, konsert awal tahun, konsert pop yeh yeh, konsert F1, konsert gay, konsert lesbian, konsert hijabnista, ah kepala spanar konsert apa lagi kat Malaysia. Dan internet koneksi kamu. Dan television kamu, Radio kamu mainkan musik sehari-hari sampai mati hati kamu. Mati dan hitam legam!

Jangan nak salahkan pemimpin bilamana kita sebagai rakyat pon korup sama. Korup perangai, korup identiti dan pendirian. 

Bila cakap pasal terapan nilai agama & amalan ibadah, kata kamu itu sensitif, terpulang pada individu. Fardhu ain kemana, fardhu kfayah kemana. Yang rosaknya bangsa kamu sendiri. Adik beradik kamu sendiri. 

Ya aku tahu. Memandangkan aku tinggal di benua afrika, dekat middle east kamu kata fikiran aku senang dicerobohi dengan berita emosi daripada middle east. Masalah nya ini Kebenaran, bukan Cobaan. Kebenaran yang telah kamu butakan dan tulikan sendiri. Belia Malaysia nak diraikan bukan dengan konsert sayang.. Tapi dengan ilmu, culture, nilai agama dan tanamkan semangat juang dalam diri mereka. Kita jauh lebih disayangi Allah dengan nikmat dan limpahan rahmat di bumi malaysia. Nak belajar pon aman, segalanya aman. Tapi kenapa kita persiakan anugerah ini semua? 

Aku tak agungkan mana-mana negara. Mesir, Jordan, Kazakhstan semuanya sama di mata aku. Tapi aku tak lah buat-buat tak nampak gajah depan mata. Berhentilah. Berhentilah membongokkan diri. Kayakan otak kamu dengan ilmu. Kayakan jiwa kamu dengan nilai culture tradisi islamik. Berhibur itu perlu tapi biar kena gaya dan caranya. 

Wasalam.