17 April 2012

runut



Kerana ruang minda aku terbuka luas, kau aku jemput masuk ke dalam dunia fantasi ini lalu kau bermukim di puncaknya. Puas kau goda sensor penyatu emosi ini untuk mengikut acuan kau. Setiapnya tunduk dan mengagumi cara dan gerak kerjamu. Bersatu dalam alam yang hanya kita berdua tahu kata laluannya.

Seketika aku terlena. Kerana terlebih dimanjakan perhatian dan harapan.

Puncak imaginasi gondol. Kau hilang bersama jejak palsu. Hanya tinggal pada aku sekarang cuma doktrin yang masih belum ranum, bau manis & udara. Selebihnya pancar imejan kita yang sempat dirakam. Tayangan serba bisu lagi bungkam. Musik dan magisnya sudah terhapus sekalian.