23 March 2012

Resepi Nescafe 3 in 1 dan Kahwin.


Perkahwinan ni seperti Nescafe Instant 3-in-1. Sedap, nyaman, lega, ketagih dan memuaskan. Itu pon kalau kena cara bancuhannya.

Aku tak arif tapi aku cuma suka utarakan sebutir dua buah idea.

Nak bancuh Nescafe Instant 3 in 1 sebenarnya tak semudah yang kau orang selalu buat. Nak bikin sesuatu yang nampak mudah lagi senang sampai betul-betul lekat di hati perlulah ada aturcara dia. Berseni orang kita kata.

Mula-mula bila air masak dah gelegak capai 100 degree celsius panas, kau kena tunggu suhu air tu capai koman koman 80 degree celsius. Kau nak ukur suhu pakai thermometer ke, pakai jari telunjuk ke ikut kreativiti engkaulah. Lepas yakin suhu air dah turun (biasanya makan masa 5-7 minit dgn suhu bilik 22 degree) kau tuangkan air masak dalam cawan teh (aku tahu kita nak buat Nescafe bukan teh, tapi cawan ini memang namanya cawan teh!). Sukat pula air tu supaya tak limpah. Agak-agak takat seinci lagi nak penuh, kau stop. Stop!

Nota: Kau ganti cawan teh dengan mug pon boleh, tapi make sure bubuh air lebih seinci dua dari aras telinga mug, pastu kau stop. Jangan lebih haa..nanti tawar, cair.

Masa inilah baru kau koyak sachet Nescafe 3-in-1 (mild, strong, light mahupon lebih busa) dan kau tabur lepas tu kau kacau sederhana perlahan air tadi. Kalau agak-agak nak kasi air ke suami ke, ke mak ayah ke, kau selawat lah beberapa kali dengan niat supaya mereka lembut hati & air kau agak-agak menjadi menjadi. Amin. Bila dah agak-agak enak untuk diminum, hiruplah dengan tatatertib dan syukur. Aa Aa, doa minum jangan lupa baca.

Nota lagi: Ada yang letak serbuk instant dulu, baru tuang air. Kononnya lebih senang nak sukat air berdasarkan warna larut serbuk kopi. Anggaplah macam kau buat minuman ni semacam kau buat susu formula untuk anak kecil (sebab instant nescafe pon ada serbuk susu/coffeemate juga :P). Kau tuang air dulu, baru campur serbuk susu. Supaya lebih lemak & jangan kau berani defy rules ni.

Benda/perkara walaupon nampak simple/mudah tapi kalau buat sambil lewa dan tak cukup ikhlas hati, tak menjadi bro. Ini pesan arwah nenda. Mujarab kalau ingat dan amal selalu.

Kahwin. Memang bunyi mudah dan lancar sahaja kalau nak disebut apatah lagi dibayang. Tapi bilamana asas kahwin itu tiada kukuh, tak berseni & tak hati-hati semacam bancuh Nescafe 3 in 1 tadi perkahwinan yang dibina akan jadi hambar, tawar & tak senikmat yang disangka. Effort/usaha yang kau beri jadi sia-sia dan tak dihargai - sebab kau anggap ianya mudah/enteng & sambil lewa.

Kes lain yang berkait....


"Kau orang ni couple, bercinta, berkepit sana sini, menikah je lah!" kata seorang kawan kepada sepasang merpati yang bukan semata nak berjoli-joli. Contoh sahaja, jangan tergigit lidah pula...
"Bercinta itu harus, bercouple memanglah haram,"
Buka minda luas sikit untuk faham quote atas ni. Jangan mudah melatah pula.

Kawan tadi tak sedar yang dalam diam dia sudah dorong pasangan tadi untuk buat keputusan terburu & menyumbang kepada pembentukan keluarga kurang bahagia. Terburu sebab apa? Sebab tekanan yang kawan tadi berikan, tekanan dari orang sekeliling & "aduh..peningnya kepala nak tutup mulut orang ramai..kita kahwin je lah!" Sedangkan solat lima waktu pon cik abang tak lengkap lagi, puasa di bulan ramadhan pon cik adik jarang-jarang buat. Macam mana nak bina masjid kalau tiang belum pacak kuat?

Menegur sebagai kawan itu wajar tapi biar kena gaya & cara. Kalau ikut cara zaman Sparta memang tak ada siapa pon nak dengar, itu bukan menegur itu menyuruh! Nasihat bukan setakat di bibir tapi wajar juga dibimbing. Mak kata, kalau mulut je bertih tapi tangan tak berbuat takkan jadi apa hasil...

Berbalik kepada pokok merendang....

Awak, kalau ada yang cuba 'menghasut' awak supaya ketepikan aturcara membuat minuman Nescafe 3 in 1 yang penuh seni dan berhemah itu, awak sedar lah diri. Ada yang nampak lubang kelemahan awak, jadi awak perbaikilah kelemahan tersebut. Masih ada ruang dan masa sebelum air nescafe awak yang sepatutnya lebih nikmat, lebih lemak, lebih kaw, lebih ketagih dan puas untuk diminum itu menjadi cair loler & kurang bernafsu untuk dinikmati.

Perkahwinan adalah proses survival. Survival pula ada banyak tingkat/level supaya kita boleh capai matlamat dengan berjaya. Dan level kebebasan & percintaan itu adalah resepi ultimatum sebuah survival. Bebas untuk memilih jalan survival & hadapi setiap cabaran dengan cekal, juga bercinta dengan setiap nikmat dan berkat yang Tuhan anugerahkan.

Kalau ada yg terbuka minda, datang dariNya.
Yang pening kepala kerana ber parasit-brains dengan @ghostassassin12 kebetulan pula sebab beliau tu baru sahaja jadi raja sehari.