02 March 2012

Kalau bercakap pasal adik beradik...


Kadang walau tangan kau gapai keluar dan kau jamah udara, tak ada yang mahu mengerling. Apatah lagi menjeling.

Kadang walau sekuat mana kau kocak tangan kau di udara dan badan kau tenggelam timbul dipukul badai laut, kaki keduanya laju menendang apa sahaja bentuk ancaman laut di dasarnya, masih, masih tak ada yang menjeling. Mungkin ada yang menonton tapi tak ingin pon datang dekat.

Kadang kau menempik sekuat mana pon, dengan air masin laut gelegak geleguk masuk ke dalam kerongkong, "Tolong!! Tolong aku!" usahkan polong, manusia pon hanya beri kau tenung kosong. 

Kadang yang kau harapkan bukan alien planet marikh teropong, bukan orang asing hulur tangan menolong, kau harap darah daging kau usaha nak apungkan, sedikit pon, tak, tak ada. 
Semuanya bohong!

Ya, air yang dicincang tak akan putus. Namun air juga yang 'lemaskan' kau. 

"Aku kalau adik beradik ni aku tak mintak banyak. Aku hanya perlu sokongan dan perhatian sahaja. Tak perlu harta, harta aku boleh cari sendiri."