11 March 2012

Fasal orang yang saya pernah tersuka.

Cemburu pada mata dia yang memandang kamu dengan penuh kasih.
Cemburu dengan kesudian kamu bawa dia dalam dakapan lalu kamu peluk dia erat.
Cemburu kerana usapan lembut si dia memujuk kamu ketika ini.
Hati mana yang tidak kencang? Hati aku turut goyang.

Takdir kiranya telah berehsan denganmu melalui cara paling indah. Penggantian bidadari yang tidak lagi asing buat jiwa kamu yang runsing amat adil buat kamu. Aku akur, tiada paksa rela.

Kini lirik mata kamu tak akan ada lagi tarikannya pada aku. Tutur katamu biarlah dibuai angin lalu. Dan perhatian yang cuba kau berikan pada aku, berpada-padalah. Tembok asing ini biar aku bina tinggi agar tak bisa roboh hanya kerna hati ini amukkan kamu.

Bawa dia dalam bahagia selamanya. Aku tidak pernah hilang cumanya aku lebih senang, berada di sebelah tembok sana. Rasa rasionalisasi dan kewarasan hati liar ini menjadi kewajipan harus aku jinakkan sampai bila-bila.

***

Awak, semoga filem awak sukses selalu. ;D